'Evermore' kejutan kedua Taylor Swift untuk tahun 2020

Nursyazwani Saiful Sham
Disember 11, 2020 14:02 MYT
Swift menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan, pelancaran album ini adalah bersempena ulang tahun ke-31 pada 13 Disember ini. Foto: Twitter/taylorswift13
PENYANYI popular, Taylor Swift mengejutkan para peminatnya dengan pelancaran album kedua bagi tahun 2020.
Album terbaharu yang berjudul "Evermore" itu dilancarkan beberapa jam selepas pengumuman mengenai berita berkenaan dibuat pada Jumaat.
Album yang menampilkan 15 buah lagu baharu itu menyusul selepas album "Folkfore" dilancarkan pada Julai lalu.
Swift menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan, pelancaran album ini adalah bersempena ulang tahunnya yang ke-31 pada 13 Disember ini.
"Sejak saya berusia 13, saya sangat teruja untuk mencapai usia 31 tahun kerana itu adalah angka bertuah saya apabila diterbalikkan.
"Oleh kerana itu saya mengejutkan anda dengan album ini. Anda semua sudah menyokong saya pada setiap hari kelahiran saya jadi untuk tahun ini, saya hadiahkan album kepada anda semua!," ujarnya.

Ever since I was 13, Ive been excited about turning 31 because its my lucky number backwards, which is why I wanted to surprise you with this now. Youve all been so caring, supportive and thoughtful on my birthdays and so this time I thought I would give you something! pic.twitter.com/wATiVSTpuV

— Taylor Swift (@taylorswift13) December 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah apa yang lebih menarik, Swift turut melancarkan video muzik bagi salah sebuah lagu dalam album baharu itu, berjudul Willow.
Sejak dilancarkan, video muzik itu mencatatkan lebih tiga juta tontonan di laman YouTube.
#Taylor Swift #YouTube #Muzik Video #album baharu #Evermore #Folkfore #Swift #ulang tahun kelahiran #Willow #pelancaran #kejutan #peminat #hadiah untuk peminat