[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

Eyka Farhana, Akhyar Rashid kini sah suami isteri

Gempak 02/05/2025 | 03:40 MYT
Eyka Farhana (kanan) dan Akhyar Rashid sah bergelar suami isteri dalam majlis akad nikah tertutup. -Gempak
PELAKON popular Eyka Farhana akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid, dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup hari ini.

Ringkasan AI
  • Eyka Farhana dan Akhyar Rashid sah bergelar suami isteri dalam majlis akad nikah tertutup.
  • Eyka dan Akhyar telah bercinta hampir lima tahun dan bertunang pada 4 Ogos tahun lalu.
  • Majlis resepsi akan diadakan dalam masa terdekat, tetapi tarikh dan lokasi belum didedahkan.

Majlis pernikahan yang diadakan sekitar pukul 10.12 pagi di Boathouse by The Lake, Ampang, Kuala Lumpur, disaksikan oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat pasangan tersebut.
Pada majlis itu, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menerima mas kahwin berjumlah RM3,200 daripada Akhyar.
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di media sosial, Eyka dilihat tampil anggun mengenakan busana pengantin serba putih, manakala Akhyar segak berbaju Melayu sedondon.
Difahamkan Eyka dan Akhyar sudah menjalin hubungan cinta sejak hampir lima tahun lepas dan bertunang pada 4 Ogos tahun lalu.
Kisah percintaan Eyka bersama Akhyar mula dihidu sejak 2020 selepas mereka beberapa kali dilihat keluar ‘dating’ dan bercuti bersama.
Difahamkan, majlis resepsi bakal diadakan dalam masa terdekat namun tarikh dan lokasi masih belum didedahkan kepada umum.
Tahniah diucapkan kepada Eyka dan Akhyar atas pernikahan mereka! -Gempak
#majlis akad nikah #Eyka Farhana #Akhyar Rashid #pemain sayap Terengganu FC #Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi