Fadlan Hazim selamat bergelar suami kepada wanita Kazakhstan

Gempak
Julai 16, 2023 03:33 MYT
Fadlan menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin serta lima dulang hantaran untuk isterinya. Sementara wang hantaran pula dirahsiakan. -Gempak
HANYA dengan sekali lafaz, aktor Fadlan Hazim selamat bergelar suami kepada wanita asal Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova, 29, dengan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur tepat jam 10.27 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Fairudz Saderi bersama dua orang saksi.
Fadlan menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin serta lima dulang hantaran untuk isterinya. Sementara wang hantaran pula dirahsiakan.
Mempelai yang menyarung baju sedondon warna putih suci bersih itu mengikat tali pertunangan pada 1 Oktober tahun lalu.
Pelakon filem Sangkar itu pernah mendedahkan, sebelum mengikat tali pertunangan, dia diuji dengan bermacam-macam perkara termasuk ujian ‘kelakian’ aneh demi membuktikan dirinya cocok untuk bersama dengan wanita terbabit.
Pengantin bakal diraikan dalam satu majlis resepsi pada Oktober depan. -Gempak
#Fadlan Hazim #Aiya Mukhamedsalova #suami kepada wanita asal Kazakhstan #Masjid Wilayah Persekutuan