awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi ucap tahniah kejayaan filem animasi 'Horologist'

Bernama
Bernama
27/07/2023
00:00 MYT
Fahmi ucap tahniah kejayaan filem animasi 'Horologist'
Lee (kanan) menzahirkan penghargaan buat MDEC dan Finas yang menyumbang kepada kejayaan itu. - Foto Facebook/Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada pengarah filem animasi pendek 'Horologist' Jared Lee yang memenangi anugerah Animasi Terbaik di Festival Comic-Con San Diego di Amerika Syarikat, pada Selasa.
Fahmi menerusi hantaran di Facebook malam tadi berkata kemenangan itu merupakan pencapaian besar untuk industri animasi negara memandangkan ia filem animasi Malaysia pertama memenangi anugerah itu.
"Di pihak Kementerian Komunikasi dan Digital, kami berbangga kerana beliau memanfaatkan geran daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk mencipta adaptasi animasi ini. Sekali lagi, tahniah Jared Lee!" katanya.
Sementara itu, Lee menerusi hantaran di Instagram @jaredle3 menzahirkan penghargaan buat MDEC dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang menyumbang kepada kejayaan itu.
"Tiada kata selain ribuan terima kasih kepada semua yang meluluskan projek ini dan semua yang menyokong manga (komik) tersebut.
"Kawan-kawan, keluarga dan isteri yang percaya dalam cerita-cerita yang saya ingin sampaikan dan visi yang tidak dapat saya gambarkan dengan baik dalam perkataan. Akan terus berusaha selagi mampu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#'Horologist'
#Jared Lee
#anugerah Animasi Terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan