Fahmi ucap tahniah kepada Michelle Yeoh raih Anugerah Golden Globes

Bernama
Januari 11, 2023 04:27 MYT
Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pelakon Malaysia pertama memenangi Anugerah Golden Globes berlangsung di Amerika Syarikat.
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pelakon Malaysia pertama memenangi Anugerah Golden Globes berlangsung di Amerika Syarikat.
Aktres berusia 60 tahun itu memenangi gelaran Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal atau Komedi menerusi filem lakonannya Everything Everywhere All At Once.
"Suatu pencapaian yang sungguh menakjubkan, dan pastinya amat berbaloi. Satu penghormatan buat negara," katanya menerusi laman Twitter miliknya hari ini.

Congratulations Tan Sri Michelle Yeoh! What an amazing feat, and definitely well-deserved. Satu penghormatan buat negara. https://t.co/e0ANhapXDH

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) January 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aktres kelahiran Ipoh, Perak itu menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) and Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).
Baru-baru ini, Yeoh juga diumumkan sebagai Ikon Tahun 2022 oleh majalah Time. - BERNAMA
#Michelle Yeoh #Golden Globe Awards #Fahmi Fadzil #Everything Everywhere All At Once