HIBURAN
Fahmi zahir dukacita atas pemergian seniman Ross Ariffin
Fahmi memaklumkan beliau menerima berita mengenai pemergian Allahyarham daripada pihak Rumah Seri Kenangan Cheras, tempat beliau menetap sejak November tahun lalu. - Facebook
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan rasa dukacita atas pemergian komposer dan seniman tanah air, Roslan Ariffin Jamil atau lebih dikenali sebagai Ross Ariffin, yang meninggal dunia petang tadi pada usia 63 tahun.
Dalam satu hantaran di laman Facebook, Fahmi memaklumkan beliau menerima berita mengenai pemergian Allahyarham daripada pihak Rumah Seri Kenangan Cheras, tempat beliau menetap sejak November tahun lalu.
"Uncle Ross merupakan seorang komposer yang telah banyak menyumbang kepada industri muzik tempatan," katanya.
Fahmi turut berkongsi bahawa beliau pernah beberapa kali bertemu dengan Allahyarham, yang disifatkannya sebagai seorang yang tabah meskipun berdepan pelbagai dugaan dalam kehidupan.
"Beliau berdepan dengan kehidupan yang mencabar, namun tetap tabah meneruskan perjalanan sebagai anak seni. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.30 petang tadi dan kini berada di Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk proses bedah siasat dan jenazah dijangka akan dikebumikan pagi esok.
Sebelum ini, Bernama pernah melaporkan nasib Allahyarham yang mendapat perhatian Fahmi, termasuk usaha membantu beliau mendapatkan sebuah unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Menurut Fahmi, permohonan mendapatkan kediaman tersebut diajukan sendiri olehnya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Allahyarham pernah mencipta lagu untuk beberapa artis popular tanah air, antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Fauziah Latiff.
-- BERNAMA