HIBURAN
Fan Bingbing kagum aura Siti Nurhaliza, mahu belajar menyanyi lagu Melayu
Duta Setiakawan Pelancongan Melaka, Datuk Fan Bingbing, pada sidang media bersama media tempatan di sebuah hotel di Banda Hilir, hari ini. - Foto Bernama
MELAKA: Duta Setiakawan Pelancongan Melaka Datuk Fan Bingbing mengakui kagum dengan kehebatan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, selain berhasrat untuk belajar menyanyi lagu Melayu daripada penyanyi nombor satu negara itu.
Ringkasan AI
Fan berkata pengalaman menyaksikan persembahan Biduanita Negara itu pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 malam semalam memberikannya inspirasi, sekali gus menganggap perjalanan seni Siti Nurhaliza sesuatu yang amat luar biasa.
"Aura pentas beliau sangat kuat dan saya kagum bagaimana Siti Nurhaliza mampu membuat persembahan penutup dengan penuh gemilang dan sudah tentu saya menantikan persembahannya.
"Untuk itu, saya sangat bertuah dapat bertemu dan bergambar dengannya dan jika berpeluang, saya mahu belajar nyanyi lagu Melayu dengan beliau, sekali gus menjadi satu bentuk kolaborasi budaya," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pelakon antarabangsa itu berkata beliau teruja apabila berkesempatan memberikan produk jenamanya kepada Siti Nurhaliza sebagai tanda penghargaan.
Fan berkata beliau juga bersedia untuk memperluaskan kolaborasi seni dengan artis antarabangsa dan tempatan, serta membantu mempromosikan Melaka ke peringkat antarabangsa susulan pelantikan semula sebagai Duta Pelancongan Melaka bagi Tahun Melawat Melaka 2026.
Beliau berkata kejayaan penganjuran aktiviti promosi pada 2025 mendorongnya kembali ke negeri bersejarah itu dengan fokus memperkenalkan budaya, makanan, mural serta keramahan masyarakat Melaka kepada pelancong luar.
"Biarpun perancangan bagi projek khusus seperti mural baharu atau video promosi belum dimuktamadkan oleh kerajaan negeri dan pihak berkaitan, tetapi saya teruja untuk melakukannya sekali lagi kerana penerimaan masyarakat dan pemimpin Melaka sangat baik, dan secara tidak langsung membuka peluang interaksi dengan dunia melalui pelancongan.
"Saya percaya angka pelawat bukan ukuran utama kerana yang penting ialah setiap pengunjung pulang dengan kenangan indah tentang Melaka dan itu lebih bermakna," katanya.
Fan turut menyifatkan Melaka mempunyai potensi besar sebagai lokasi penggambaran filem dan persembahan seni kerana kepelbagaian budaya dan warisan unik yang dimiliki.
Pelakon yang pernah membintangi filem adiwira Hollywood X-Men: Days of Future Past itu juga menyatakan berkesempatan bertemu dengan beberapa pengarah muda Malaysia termasuk Chong Keat Aun sepanjang beliau mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan.
"Melaka bukan sahaja bersejarah, tetapi juga sangat sesuai untuk menghasilkan karya seni dan kreatif yang boleh diperkenalkan kepada dunia. Saya harap dapat terus menjadi jambatan yang menghubungkan Melaka dengan masyarakat antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Fan Bingbing dilantik semula sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka bagi Tahun Melawat Melaka 2026, dan berhasrat mempromosi budaya serta pelancongan negeri itu ke peringkat antarabangsa.
- Fan kagum dengan persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan berhasrat belajar menyanyi lagu Melayu daripadanya, sebagai bentuk kolaborasi budaya.
- Beliau turut menyatakan minat untuk menjadikan Melaka sebagai lokasi penggambaran seni dan filem, serta berinteraksi dengan pengarah muda tempatan bagi projek kreatif masa depan.
Fan berkata pengalaman menyaksikan persembahan Biduanita Negara itu pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 malam semalam memberikannya inspirasi, sekali gus menganggap perjalanan seni Siti Nurhaliza sesuatu yang amat luar biasa.
"Aura pentas beliau sangat kuat dan saya kagum bagaimana Siti Nurhaliza mampu membuat persembahan penutup dengan penuh gemilang dan sudah tentu saya menantikan persembahannya.
"Untuk itu, saya sangat bertuah dapat bertemu dan bergambar dengannya dan jika berpeluang, saya mahu belajar nyanyi lagu Melayu dengan beliau, sekali gus menjadi satu bentuk kolaborasi budaya," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pelakon antarabangsa itu berkata beliau teruja apabila berkesempatan memberikan produk jenamanya kepada Siti Nurhaliza sebagai tanda penghargaan.
Fan berkata beliau juga bersedia untuk memperluaskan kolaborasi seni dengan artis antarabangsa dan tempatan, serta membantu mempromosikan Melaka ke peringkat antarabangsa susulan pelantikan semula sebagai Duta Pelancongan Melaka bagi Tahun Melawat Melaka 2026.
Beliau berkata kejayaan penganjuran aktiviti promosi pada 2025 mendorongnya kembali ke negeri bersejarah itu dengan fokus memperkenalkan budaya, makanan, mural serta keramahan masyarakat Melaka kepada pelancong luar.
"Biarpun perancangan bagi projek khusus seperti mural baharu atau video promosi belum dimuktamadkan oleh kerajaan negeri dan pihak berkaitan, tetapi saya teruja untuk melakukannya sekali lagi kerana penerimaan masyarakat dan pemimpin Melaka sangat baik, dan secara tidak langsung membuka peluang interaksi dengan dunia melalui pelancongan.
"Saya percaya angka pelawat bukan ukuran utama kerana yang penting ialah setiap pengunjung pulang dengan kenangan indah tentang Melaka dan itu lebih bermakna," katanya.
Fan turut menyifatkan Melaka mempunyai potensi besar sebagai lokasi penggambaran filem dan persembahan seni kerana kepelbagaian budaya dan warisan unik yang dimiliki.
Pelakon yang pernah membintangi filem adiwira Hollywood X-Men: Days of Future Past itu juga menyatakan berkesempatan bertemu dengan beberapa pengarah muda Malaysia termasuk Chong Keat Aun sepanjang beliau mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan.
"Melaka bukan sahaja bersejarah, tetapi juga sangat sesuai untuk menghasilkan karya seni dan kreatif yang boleh diperkenalkan kepada dunia. Saya harap dapat terus menjadi jambatan yang menghubungkan Melaka dengan masyarakat antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA

#Fan Bingbing
#Siti Nurhaliza
#belajar menyanyi lagu Melayu
#duta pelancongan
#Tahun Melawat Melaka 2026