"Farid mula bertindak agresif apabila dia secara tiba-tiba menjerit ke arah saya dan polis itu dengan mengatakan 'kau kenal siapa aku?' sebelum menampar saya di pipi kiri sehingga saya pening dan telinga berdesing."
Itu kata saksi pertama kes jenayah membabitkan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari yang memberitahu Mahkamah Majistret, di sini, pada Jumaat, bahawa tertuduh telah menamparnya sekali dan menendangnya sebanyak dua kali, termasuk di kemaluannya.
Mengulas lanjut kejadian itu, bekas eksekutif akaun syarikat swasta Ashraf Ahmad, 35, berkata selain dirinya, Farid turut menampar pipi kiri anggota polis berkenaan sambil memaki hamun polis sebelum dia ditenangkan oleh dua orang awam lain.
"Anggota polis menyuruh Farid yang ketika itu dalam keadaan bergari supaya duduk di lantai, namun dia sempat menendang saya di bahagian perut sehingga senak dan Farid kemudian berlari ke dalam tandas.
"Selepas Farid bertindak agresif, beberapa anggota dari Balai Polis Mutiara Damansara datang untuk memberi bantuan dan dalam pada itu, Farid sempat menendang saya di bahagian kemaluan saya," kata Ashraf lagi yang dipetik daripada Bernama.
Menceritakan kembali kejadian pada 11 Januari lalu, Ashraf yang sedang memandu kereta Perodua Myvi terlihat pelakon itu di tepi Jalan Tropicana, di sini, sedang berjalan sendirian tanpa memakai baju dan seolah-olah meminta bantuan kerana disamun.
"Ketika itu, kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, hujan renyai-renyai dan selepas melihat beberapa kereta tidak membantu, saya membuat pusingan untuk mendekati lelaki berkenaan sebelum menyedari lelaki itu adalah Farid Kamil.
"Farid meminta saya menghantarnya ke balai polis kerana mendakwa dirinya kemalangan dan kemudian saya membawanya ke Balai Polis Trafik Kota Damansara," katanya.
Menurutnya, dia hanya mula menyedari Farid berkelakuan pelik dalam perjalanan ke balai polis, apabila tertuduh bertindak menarik stereng kereta berkali-kali sehingga dia terpaksa menegur perbuatan pelakon itu selain meminta baju-T yang sedang dipakainya.
"Apabila sampai di balai polis, kami terus ke bahagian kaunter dan Farid terus menunjukkan kepada salah seorang anggota di situ mengenai satu artikel '300 artis hutang ah long' di dalam telefon bimbitnya sebelum dimaklumkan untuk ke Balai Polis Sunway Giza bagi kes jenayah.
Ashraf berkata demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran pada hari pertama perbicaraan kes empat pertuduhan jenayah pelakon itu di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di sini.
Ketika disoal oleh Alia Sumayyah jika dia ada mendapatkan rawatan ekoran perbuatan pelakon itu, dia memaklumkan ada pergi ke Hospital Sungai Buloh pada malam hari kejadian untuk membuat pemeriksaan dan doktor telah mengesahkan tiada kecederaan serius berlaku.
Farid diwakili peguam Megat Syazlee Mokhtarom.
Pada 16 Januari lepas, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham akan bersambung pada 12 Disember ini.
Astro Awani
Fri Dec 07 2018

Farid Kamil ketika didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Januari. -Gambar fail
![[LAPOR LANGSUNG] Hospital Al-Shifa di Gaza dibuka kembali [LAPOR LANGSUNG] Hospital Al-Shifa di Gaza dibuka kembali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699841768_AlShifahospital.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Hospital Al-Shifa di Gaza dibuka kembali
Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk.

Pemergian Abu Samah khabar duka buat arena berbasikal negara, antarabangsa
Abu Samah amat berdedikasi dan telah memberikan segalanya selama 40 tahun demi pembangunan sukan berbasikal di dalam negara dan global.
Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih terperangkap
Polis Pulau Pinang sahkan tiga pekerja binaan warga Bangladesh maut, dua parah manakala empat lagi masih terperangkap dalam insiden runtuhan gudang logistik di Batu Maung.
Mangsa di dua negeri catat penurunan
Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri menunjukkan penurunan setakat pagi Rabu.
Nas-T akan cuba berikan yang terbaik
Pelakon, Nas-T akan cuba memberikan yang terbaik dalam menjayakan filem "live action" KELUANG MAN yang bakal menemui peminat pada tahun 2025.

Dua ditahan dipercayai ibu bapa kepada 4 beradik ditinggalkan
Kedua-dua mereka dipercayai ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan ditahan di dua lokasi berasingan pada Isnin dan Selasa.
Lanjutan gencatan senjata bergantung kepada keupayaan untuk membebaskan tebusan - Qatar
Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al-Ansari berkata fokus utama ketika ini adalah untuk meneruskan gencatan senjata, sekali gus membuka peluang rundingan penghentian situasi keganasan.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Kekalkan gencatan senjata, Palestin tuntut keadilan
Gencatan senjata perlu dikekalkan, bukan hanya tambahan dua hari. Gesaan itu disuarakan tegas Pemerhati Tetap Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Riyad Mansour, berkata ini merupakan tempoh paling dahsyat pernah dialami oleh rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Israel sedia teruskan pertempuran selepas gencatan senjata
Perkara itu disahkan oleh Ketua Tentera Pertahanan Israel (IDF), Herzi Halevi yang menyifatkan tentera IDF kini berada pada tahap kesiap siagaan untuk meneruskan pertempuran.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Penduduk Gaza terdedah dengan risiko wabak berjangkit - WHO
Lebih ramai individu terdedah kepada risiko maut akibat penularan penyakit berbanding pserangan pengeboman di Semenanjung Gaza jika sistem kesihatan wilayah itu tidak dibaik pulih.
#IsraelCuak
#IsraelCuak

Farid Kamil tampar pipi, tendang kemaluan saya - Saksi
Farid turut menampar pipi kiri anggota polis berkenaan sambil memaki hamun polis sebelum dia ditenangkan oleh dua orang awam lain.

Bicara kes Farid Kamil November ini
Perbicaraan kes Datuk Farid Kamil telah ditetapkan mahkamah untuk lima hari bermula 27 Nov depan.