'Farid tak pernah halang minat saya jadi pelumba kereta, malah...' - Diana Danielle

Gempak
Julai 10, 2018 09:21 MYT
Diana Danielle mengakui suaminya Farid Kamil tidak pernah menghalang minatnya untuk bergelar sorang pelumba kereta.
PELAKON Datin Diana Danielle mengakui suaminya Datuk Farid Kamil tidak pernah menghalang minatnya untuk bergelar sorang pelumba kereta.
Menurut Diana, Farid merupakan seorang individu yang sentiasa menyokong apa sahaja yang ingin dilakukan dan memberi galakan untuk terus berjaya.
"Farid merupakan individu yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya malah dia juga mendorong saya untuk bergelar seorang pelumba kereta.
"Farid tidak pernah menghalang malah memberi sokongan tidak berbelah bahagi sebaliknya menghadiahkan saya dengan sebuah simulator bagi memantapkan skil di litar.
"Ini kerana memandu di litar amat mencabar dan saya harus memastikan keselamatan ketika berada di litar.
"Ini merupakan tahun kedua saya bersama pasukan Toyota Gazoo Racing dan tahun ini saya harus memanfaatkan pengalaman yang ada untuk bergelar juara di litar," katanya kepada Astro Gempak.
Diana berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan barisan pelumba Toyota Gazoo musim kedua di APW Bangsar, baru-baru ini.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram
#APW Bangsar #Diana Danielle #Farid Kamil #litar lumba #pelumba kereta #simulator #Toyota Gazoo Racing