Persembahan pelajar #AF2015 Faroq semasa konsert ketiga Akademi Fantasia yang berlangsung pada Ahad lalu ternyata menyentuh hati peminat.

Bahkan seluruh penonton termasuklah tenaga pengajar mengalirkan air mata sebaik sahaja Faroq menyampaikan lagu berjudul ‘Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu’ nyanyian asal Uji Rashid.

Faroq yang menahan sebak sejak dari mula persembahan akhirnya tewas apabila pihak produksi memberikan kejutan dengan membawakan tiga orang adiknya ke atas pentas.

Mereka kemudiannya meluru dan terus memeluk abang kesayangan mereka sekaligus membuatkan Faroq mengalirkan air mata.

Akibat daripada persembahan yang penuh emosi itu, ada segelintir pihak yang menuduh pelajar berusia 23 tahun itu hanyalah sekadar untuk menagih simpati.

Namun sebaik sahaja juri selesai memberikan komen, Faroq menjelaskan bahawa tangisannya itu bukanlah untuk meraih simpati sebaliknya kesedihan itu datang dengan sendiri.

“Di sini saya ingin menjelaskan bahawa persembahan saya itu bukanlah untuk meraih simpati daripada mana-mana pihak.

“Sebaliknya ia adalah emosi yang tidak dapat dijelaskan dan lirik algu tersebut juga sedikit sebanyak menyamai keadaan saya.

“Saya harap anda semua faham dan jantung saya ini bagaikan ditumbuk-tumbuk ketika menyampaikan lagu tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, pengetua #AF2015 Edry Abdul Halim yang diminta mengulas mengenai persembahan tersebut memberitahu dia begitu bangga dengan Faroq kerana berjaya membuat persembahan dengan baik.

“Alhamdulilah, saya bangga dengan Faroq kerana dia mampu menghabiskan persembahannya dengan begitu baik sekali.

“Saya faham keadaan dia dan sebab itu saya bangga dengan dia walaupun dia berada dalam keadaan sedih tapi dengan semangat yang kuat dia berjaya menyampaikan lagu itu dengan baik.” ujarnya tersenyum.

Konsert mingguan #AF2015 bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Manakala Diari #AF2015 pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam.

#AF2015 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Untuk menyaksikan video eksklusif persembahan pelajar #AF2015, sila layari www.af.com.my

Terlepas aksi #AF2015?

Muat turun aplikasi Astro on the Go di www.astroonthego.com, kemudian anda boleh saksikan bintang #AF2015 kegemaran anda di mana bila-bila masa dan di mana sahaja.

Jangan lupa juga untuk menyertai MV Lip Sync dan berpeluang untuk memenangi telefon pintar. Muat turun aplikasi MV Lip Sync di App Store dan Google Play Store secara percuma.