[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

Fast & Furious kembali dengan filem baharu

Asyraf Roslan 03/02/2019 | 01:50 MYT
Dwayne Johnson dan Jason Statham disatukan sebagai teraju utama filem ini. - Foto www.imdb.com
Sudahkah anda bersedia untuk menghidupkan enjin kereta anda dan pandu dengan laju?
Ini adalah masa yang terbaik untuk membuatkan anda semua teruja kerana siri filem aksi Fast & Furious akan kembali dengan satu lagi naskah baru.
Francais filem itu akan kembali dengan satu filem aksi komedi iaitu Fast & Furious : Hobbs & Shaw.
Kali ini, Dwayne Johnson (Luke Hobbs) dan Jason Statham (Deckard Shaw) disatukan sebagai teraju utama filem ini.
Filem arahan David Leitch ini turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Idris Elba, Vanessa Kirby, Roman Reigns, dan Helen Mirren.
Sudah pasti para peminat tidak sabar untuk menyaksikan aksi-aksi yang akan dipertontonkan dalam filem ini lebih-lebih lagi gandingan dua pelakon hebat itu sudah pasti sangat mengujakan.
Filem ini akan ditayangkan di semua pawagam di Malaysia bermula 1 Ogos 2019.
#Dwayne Johnson #Fast and Furious #filem #Jason Statham