Fathia Latiff dedah alami kemurungan teruk akibat dikecam kerana sokong Tun Mahathir

Gempak
Mei 15, 2018 00:02 MYT
Sebelum ini, Fathia dilihat lantang bersuara memberi pendapat dan sokongan kepada Tun Mahathir yang ketika itu memihak kepada pembangkang. - Foto: Instagram Fathia
PELAKON cantik Fathia Latiff mendedahkan dirinya pernah mengalami kemurungan teruk kerana dikecam dan dicaci.
Perasaan terbabit muncul selepas Fathia menujukkan sokongan terhadap Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) sebelum ini.
"Saya bersyukur apabila keperitan yang dilalui sudah berakhir dan berharap tiada sesiapa yang akan melalui pengalaman yang sama.
"Saya pernah alami kemurungan yang teruk sebab bukan seorang dua yang hentam tapi beribu-ribu orang. Ketika itu saya tidak faham apa salah saya.
"Luahan saya di laman sosial itu disebabkan terlalu kagum dan minat dengan Tun Mahathir. Saya tidak berniat untuk memasuki dunia politik pun," katanya.
BACA: Che Ta luah perasaan lega dapat muat naik gambar Tun Mahathir
Tambah Fathia, dia percaya semua perkara yang terjadi ada sebabnya.
"Saya percaya semua yang terjadi ada hikmah dan alhamdulillah, Allah membantu dan keluarga pun beri sokongan.
"Saya berharap dan berdoa agar tidak ada sesiapa yang akan lalui keperitan seperti saya," katanya lagi.
Sebelum ini, Fathia dilihat lantang bersuara memberi pendapat dan sokongan kepada Tun Mahathir yang ketika itu memihak kepada pembangkang.
Pilihan Raya Umum ke-14 menyaksikan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun M mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas 60 tahun Barisan Nasional memerintah. - Sumber: mStar Susunan: Kamaruddin Razal
#Barisan Nasional #Instagram #Mahathir Mohamad #Pakatan Harapan #pembangkang #pilihan raya #pilihan raya umum #politik