Fathia Latiff terkandas di Jerman, bagasi hilang

Gempak
Jun 10, 2018 07:19 MYT
Bukan sahaja terkandas, malah Fathia memberitahu bagasinya juga hilang. - Foto: IG Fathia Latiff
PELAKON Fathia Latiff bersama keluarganya terkandas di Jerman ketika dalam perjalanan menuju ke Switzerland.
Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, Fathia memberitahu penerbangan mereka tidak dapat diteruskan kerana cuaca yang kurang elok dan pihak penerbangan mengambil keputusan mendarat di Jerman.
Bukan sahaja terkandas, malah Fathia memberitahu bagasinya juga hilang.
BACA: Fathia Latiff dedah alami kemurungan teruk akibat dikecam kerana sokong Tun Mahathir
BACA: 'Saya dan Fathia masih berkawan, cuma ...' - Aiman Hakim Ridza
Bagaimanapun, menerusi perkongsian di IGStories Instagramnya awal pagi tadi, pelakon itu sudah selamat tiba di bandar St. Gallen, Switzerland.
Fathia bersama keluarganya berlepas ke London empat hari lalu.
#bagasi #Fathia Latiff #hilang #Jerman #London #pelakon #penerbangan #Switzerland