awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fattzura bernikah?: 'Saya tak berani komen' - Sumber rapat

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2017
04:28 MYT
Fattzura bernikah?: 'Saya tak berani komen' - Sumber rapat
Sumber itu turut mengulas Fattah sendiri akan mengeluarkan kenyataan untuk menjawab spekulasi yang kini bertiup kencang tentang kononnya Fattah dan Fazura bakal mendirikan rumah tangga. - Gambar fail
"Saya tak pasti, saya di pihak pengurusan jadi saya tidak berani untuk komen,” kata seorang sumber rapat dengan pelakon Fattah Amin ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
"Memang benar Abang Faz (panggilan untuk Fattah dalam kalangan rakan rapat) akan menunaikan umrah hari ini," katanya.
"Saya tidak berani untuk menjawab bagi pihak Fazura kerana beliau ada pengurusannya sendiri," tambahnya.
Sumber itu turut mengulas Fattah sendiri akan mengeluarkan kenyataan untuk menjawab spekulasi yang kini bertiup kencang tentang kononnya dia dan Fazura sudah bernikah secara senyap malam tadi.
Sebelum ini, Fattah ada membuat pengumuman tentang hasrat beliau untuk menunaikan umrah di Tanah Suci.
"Memang benar, namun beliau ada beberapa komitmen yang perlu ditunaikan sebelum bertolak ke Tanah Suci," kata sumber itu.
Spekulasi Fattah dan Fazura bakal mengikat tali pertunangan pada 13 November juga menjadi topik hangat sejak dua minggu lalu.
Enggan mengulas lanjut tentang gosip tersebut, Fattah memohon agar peminat mendoakan perkara yang baik-baik sahaja.
Beliau turut berpesan untuk peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
BACA: Fattah Amin tunai umrah dengan Fazura?
"Kalau ada jodoh saya akan hebahkan kepada semua," katanya ringkas dalam satu temu ramah baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Fattah menyambung kontraknya sebagai duta jenama wangian AJ de'Parfum untuk tahun kedua berturut-turut.
Topic Berkaitan
#bernikah
#Fattah Amin
#Fazura
#spekulasi
#umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan