awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fazura, Fattah Amin dikurniakan cahaya mata perempuan

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2020
07:16 MYT
Fazura, Fattah Amin dikurniakan cahaya mata perempuan
Tiada apa yang membahagiakan Fazura dan Fattah selain dikurniakan bayi sulung yang sihat dan sempurna. - Gambar Instagram FAZURA
KUALA LUMPUR:Pelakon jelita, Fazura selamat melahirkan bayi perempuan pada Jumaat.
Dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya, isteri kepada aktor tampan, Fattah Amin itu memaklumkan, cahaya mata sulung mereka itu dilahirikan sempurna dan sihat.
“Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020.
“Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga,” tulisnya dalam hantaran itu.
Tidak memaklumkan masa kelahiran, sebaliknya, pasangan suami isteri romantik itu berkata, buat masa sekarang mereka belum bersedia untuk berkongsi wajah dan nama bayi sulung itu.
“Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Fazura dan Fattah merakamkan penghargaan buat semua peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka tiga beranak.
Fazura dan Fattah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi sulung mereka di Instagram pada Jumaat.
Fazura dan Fattah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi sulung mereka di Instagram pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Fazura
#Fattah Amin
#cahaya mata
#Bayi Sulung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan