awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena Suri Hati Mr.Pilot: Pengikut Instagram Alvin mencecah 150,000

Gempak
Gempak
26/10/2016
02:34 MYT
Fenomena Suri Hati Mr.Pilot: Pengikut Instagram Alvin mencecah 150,000
Terdahulu, Alvin telah memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi sejak tahun 2012 dan mempunyai 10 buah lagu dalam bahasa Mandarin, manakala sebuah filem berjudul 3 Brothers. - Gambar Astro GEMPAK
PELAKON Alvin Chong akui pengikut Instagram (IG)nya bertambah secara mendadak selepas berlakon dalam drama Suri Hati Mr. Pilot.
“Saya juga terkejut kerana sebelum berlakon, pengikut IG saya hanyalah 67,000 saja dan sekarang naik mendadak sehingga lebih 150,000.
“Kebanyakan pertambahan pengikut IG saya adalah dikalangan peminat Melayu dan saya pun tak sangka akan dikenali sampai begini.
“Sedangkan saya hanyalah sebagai watak pembantu saja, tapi saya rasa bertuah kerana lakonan drama tersebut mendapat sambutan,” katanya ketika ditemui Astro Gempak, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Alvin menyatakan rasa syukur kerana wataknya sebagai Johan yang merupakan seorang mualaf diterima baik oleh peminat.
“Sebenarnya waktu mula dapat watak Johan itu saya memang rasa gementar. Risau jika ada orang yang tidak sukakan lakonan saya.
“Yalah, ini pun merupakan percubaan pertama saya untuk berlakon dalam drama Melayu jadi suadah pasti ada sedikit kerisauan jika lakonan tak memberi kesan.
“Tapi saya bersyukur, setakat ini komen-komen yang diberikan oleh penonton kebanyakannya positif.
“Saya ucapkan terima kasih dan saya akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki lakonan saya,” katanya.
Terdahulu, Alvin telah memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi sejak tahun 2012 dan mempunyai 10 buah lagu dalam bahasa Mandarin, manakala sebuah filem berjudul 3 Brothers.
Dalam perkembangan lain, pelakon dan penyanyi berusia 25 tahun baharu saja muncul dengan single lagu Melayu pertama berjudul Lagu Mu hasil ciptaan Omar K.
Alvin juga kini berada di bawah pengurusan E Studios Management.
Nota: Jangan lupa saksikan drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot yang bakal bersiaran malam ini di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123), setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam.
Topic Berkaitan
#Alvin Chong
#Instagram
#Neelofa
#Suri Hati Mr.Pilot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan