awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS rampas dua kapal tangki 'armada bayangan' dikaitkan dengan minyak Venezuela
Terbuka Malaysia 2026: Meskipun sakit, Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan
Anwar yakin nilai dagangan Malaysia–Turkiye mampu capai AS$10 bilion lebih awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Festival Filem Iran Malaysia 2024 tayang enam filem terbaik Iran

Bernama
Bernama
07/02/2024
21:15 MYT
Festival Filem Iran Malaysia 2024 tayang enam filem terbaik Iran
Semua tayangan filem adalah percuma. Orang ramai boleh mendapatkan tiket secara dalam talian bermula dari tengah hari pada 22 Feb. - Gambar malaysia.mfa.gov.ir/
KUALA LUMPUR: Sebanyak enam filem terbaik Iran akan ditayangkan sempena Festival Filem Iran Malaysia 2024 dari 29 Feb hingga 10 Mac ini.
Enam filem terbaik itu ialah Henas, The Painting Pool, Track 143, Bodyguard, No Prior Appointment dan Today.
Dalam satu kenyataan, Pusat Kebudayaan Iran berkata festival tahun ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan budaya antara Iran dan Malaysia dengan mempromosikan filem, seni dan budaya Iran.
"Festival Filem Iran 2024 meneruskan kejayaan edisi 2018 yang menarik minat dan menerima maklum balas positif daripada orang ramai. Festival 2018 menyaksikan lebih 2,800 pengunjung dan kadar pengisian tempat duduk sebanyak 87 peratus.
"Edisi 2024 menjanjikan pengalaman yang lebih mengasyikkan dan menarik untuk peminat filem Malaysia," kata penganjur itu.
Sementara itu, semua tayangan filem adalah percuma dengan orang ramai boleh mendapatkan tiket secara dalam talian bermula dari tengah hari pada 22 Feb berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Tiket juga boleh ditebus di kaunter tiket pawagam GSC yang mengambil bahagian iaitu Mid Valley, IOI City Mall Putrajaya dan Gurney Plaza Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#filem
#Festival Filem Iran Malaysia 2024
#hubungan budaya
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan