awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Festival Filem Malaysia ke-28 perkenal dua kategori baharu

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
04/08/2016
07:00 MYT
Festival Filem Malaysia ke-28 perkenal dua kategori baharu
FFM28 menyaksikan dominasi filem Ola Bola yang menerima 14 pencalonan.
Penganjuran anugerah berprestij Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) mencetus kejutan tahun ini apabila buat kali pertama pencalonan bagi Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik dibahagikan kepada dua iaitu bagi 'Filem Dalam Bahasa Malaysia' dan 'Filem Bukan Dalam Bahasa Malaysia'.
Ini bermakna, dua kategori baharu diumumkan bagi persaingan trofi kali ini iaitu 'Pengarah Filem Bukan Dalam Bahasa Malaysia Terbaik' dan 'Lakon Layar Filem Bukan Bahasa Malaysia Terbaik'.
Pengumuman tersebut disampaikan dalam majlis yang diadakan di Platinum Sentral di sini pada Rabu.
Sewaktu penganjuran FFM27 lalu, kategori 'Filem Bukan Bahasa Malaysia Terbaik' telah mula diperkenalkan, dan menyaksikan filem The Journey membawa pulang anugerah tersebut.
Untuk FFM28, filem terbitan Astro Shaw Sdn Bhd bertemakan semangat kesukanan, Ola Bola arahan Chiu Keng Guan dicalonkan dalam 14 daripada 27 kategori yang dipertandingkan.
Antara kategori utama yang bakal disaingi Ola Bola adalah 'Filem Bukan Dalam Bahasa Malaysia Terbaik', 'Pengarah Filem Bukan Dalam Bahasa Malaysia Terbaik', 'Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik', dan 'Cerita Asal Terbaik'.
Filem Polis Evo yang juga dari penerbit yang sama mendapat 10 pencalonan termasuk untuk kategori 'Pelakon Lelaki Terbaik' serta 'Pengarah dan Filem Terbaik'.
FFM28 bakal menyaksikan persaingan bagi 27 kategori dan kehangatan festival ini bakal berlangsung pada 1 hingga 3 September di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Calon-calon penuh adalah seperti berikut:
KESAN VISUAL KHAS TERBAIK Kapsul- Amru Najmi Osman Ola Bola - Bak Chee Hong Cicakman 3 - Yusry Abdul Halim Munafik - Viper Studios Sdn Bhd The Noise - Criminal Studios Sdn Bhd
FILEM ANIMASI PENDEK TERBAIK Tales Of Wisdom Ummie.. Ceritalah Kepada Kami Ejen Ali Rimba Kids Nursery Rhymes
FILEM PENDEK TERBAIK Selfie RM10 Terbit 23 UV Suraya
FILEM CEREKA ANIMASI TERBAIK BoboiBoy The Movie Oh! La La
FILEM DOKUMENTARI TERBAIK Menanti Sinar Keamanan Mindanao Penantian Merdeka Boat People Dato' Meor Abdul Rahman : Lagenda Mahaguru Seni Silat Melayu Awang Pahlawan Iban
PELAKON KANAK KANAK TERBAIK Shivatharan Nambiar - Ola Bola Ryqal Iskandar - Cicakman 3 Harvind Raj - Jagat Aliff Firdaus - Jejak Warriors Tan Qin Lin - The Kid From The Big Apple
PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK Marianne Tan - Ola Bola Falisha Crosley - Mat Moto Nur Risteena - Girlfriend Kontrak Zara Zya - Rembat Raja Ilya - Suamiku Encik Perfect 10
PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK Saran Kumar - Ola Bola Chem Amar - ChowRasta Mas Khan - Biasan Keith Foo - Girlfriend Kontrak Adam Shahz - Juvana 2
PENGARAH BAHARU TERBAIK Daven Raghavan - CCTV Shanjey Kumar Perumal - Jagat Pekin Ibrahim - Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit Jess Teong - The Kid From The Big Apple Feroz Kader - Suamiku, Encik Perfect 10
LAGU TEMA ASAL TERBAIK Nur Zaidi Abd Rahman - Langit Cinta Nur Zaidi Abd Rahman - Pilot Cafe (Untuk Cinta) Zee Avi & Rendra Zawawi - Ola Bola (Arena Cahaya) Syamsul Yusof - Munafik (Kalah Dalam Menang) Edry Abdul Halim - Cicakman 3 (Adiwira)
SKOR MUZIK ASAL TERBAIK Nur Zaidi Abd Rahman - Pilot Cafe Azmeer - Chowrasta San Weng Onn / San Wai Lik -olabola Syamsul Yusof - Munafik Nur Zaidi Abd Rahman - Jwanita
PENATAAN BUNYI TERBAIK Polis Evo Munafik Villa Nabila Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit Rembat
PENATAAN SENI TERBAIK Soon Yong Chow - Ola Bola Esvaran Krishnan - Jagat Ray Tan Vew Swee - The Kid From The Big Apple Wong Jee Meng / Nick Wong - Huat The Fish Mohd Khairul Md Dan - Bravo 5
PENYUNTING TERBAIK Gywneth Lee - Ola Bola Nazim Shah - Polis Evo Syamsul Yusof - Munafik Kumaran Arumugam - Jagat Loo Chean Hoong - The Kid From The Big Apple
SINEMATOGRAFI TERBAIK Raja Mukhriz - Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit Haris Hue Abdullah - Polis Evo Senthil Kumaran - Jagat Md Nor Kassim - Bravo 5 Rahimi Maidin - Munafik
PEREKA KOSTUM / BUSANA TERBAIK Elaine Ng / Weng Shum - Ola Bola Hasnan Yaacob - Bravo 5 Jess Teong - The Kid From The Big Apple Hasnan Yaacob - Cicakman 3 Nasirah Ramlan - Polis Evo
LAKON LAYAR TERBAIK Feroz Kader - Suamiku , Encik Perfect 10 Joel Soh / Kyle Goonthing/ Anwari Ashraf Hashim / Adib Zaini - Polis Evo Wan Hasliza - Love Supermoon Bea Tanaka - Nota Pekin Ibrahim - Mat Moto : Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
LAKON LAYAR TERBAIK (FILEM BUKAN DALAM BAHASA MALAYSIA) Jess Teong - The Kid From The BigApple Puvanendran Selvaraja - Maravan Lim Teik Yin / Jack Lim / Wong Jee Meng / Nick Wong - Huat The Fish Chan Voke Veng / Tan Pik Vee -OlaBola Shanjey Kumar - Jagat
CERITA ASAL TERBAIK Ola Bola Jagat Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan MatRempit Rembat The Kid From The Big Apple
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK Azad Jasmin - Girlfriend Kontrak Sri Balasubramaniam - Ola Bola Allahyarham Ramli Hassan - Nota Hushairi Husain - Polis Evo Hasnul Rahmat - Juvana 2
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK Aminah Rhapor - Chowrasta Anne Ngasri - Love Supermoon Adeline Tsen - Gamatisme Fauziah Dato' Ahmad Daud - Langit Cinta Christina Suzanne - Jwanita
PELAKON LELAKI TERBAIK Aniu - Rembat Pekin Ibrahim - Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit Aaron Aziz - Suamiku Encik Perfect 10 Zizan Razak - Polis Evo Shaheizy Sam - Polis Evo
PELAKON WANITA TERBAIK Maya Karin - Jwanita Lisa Surihani - Suamiku Encik Perfect 10 Nabila Huda - Munafik Nadiya Nisaa - Love Supermoon Maya Karin - Nota
PENGARAH TERBAIK Syamyl Othman - Rembat Ghaz Abu Bakar - Polis Evo Saw Teong Hin - Jejak Warriors Syamsul Yusof - Munafik Wan Hasliza - Love Supermoon
PENGARAH TERBAIK (FILEM BUKAN DALAM BAHASA MALAYSIA) Shanjey Kumar Perumal - Jagat Jess Teong - The Kid From The Big Apple Vee Kwn Wah / Silver - Huat The Fish Chiu Keng Guan - Ola Bola Puvanendran a/l selvaraja - Maravan
FILEM TERBAIK (BUKAN DALAM BAHASA MALAYSIA) Maravan Huat The Fish The Kid From The Big Apple Jagat Ola Bola
FILEM TERBAIK Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit Jejak Warriors Munafik Nota Polis Evo
Topic Berkaitan
#anugerah
#Festival Filem Malaysia 28
#FFM28
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan