awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Festival Filem Malaysia ke-31 bakal diadakan Oktober ini

Bernama
Bernama
15/06/2021
00:18 MYT
Festival Filem Malaysia ke-31 bakal diadakan Oktober ini
Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) bakal diadakan Oktober ini dengan mempertandingkan 22 kategori melibatkan penyertaan filem cereka.
KUALA LUMPUR: Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) bakal diadakan Oktober ini dengan mempertandingkan 22 kategori melibatkan penyertaan filem cereka.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan penyertaan untuk filem-filem tempatan dibuka secara rasmi rasmi bermula dari 15 Jun hingga 12 tengah hari 15 Julai depan.
"Terdapat tiga syarat uatama penyertaan iaitu ia mestilah filem cereka tempatan yang dikeluarkan di Malaysia dan mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem bagi tahun 2018, 2019 dan 2020 bagi tayangan di Malaysia dalam format DCP/35 mm/format digital dengan tempoh tayangan sekurang-kurangnya 60 minit.
"Selain itu filem berkenaan juga mestilah yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia dan merupakan filem-filem yang ditayangkan dalam tempoh tiga tahun berkenaan sahaja," kata Finas selaku penganjur rasmi Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31).
Selain pengeluar filem hendaklah mempunyai Lesen Pengeluaran Filem daripada Finas, bagaimanapun bagi syarikat yang telah memohon tetapi lesen masih belum diperoleh, pemohon boleh memberikan nombor rujukan fail Finas yang berkenaan.
Menurut Finas antaranya ialah kategori yang dipertandingkan ialah filem terbaik, pengarah terbaik, pengarah harapan, pelakon lelaki terbaik, pelakon wanita terbaik, lakon layar terbaik, sinematografi terbaik, penyunting terbaik dan kesan khas visual terbaik.
Butiran lanjut, syarat penyertaan dan muat turun borang penyertaan FFM31 boleh didapati menerusi pautan https://www.finas.gov.my/borang-penyertaan-ffm31-2/.
Sebarang penyertaan boleh berhubung terus dengan Jawatankuasa Penyertaan dan Penjurian FFM31 menerusi talian 03-79682137 / 2110/ 1129 / 012-9155220 (Norasikin Salikin) / 011-23387665 (Mohd Farid Azlam) dan emel di [email protected], kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FINAS
#Festival Filem Malaysia
#FFM31
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan