BERSEDIA untuk merasai elemen cinta, muzik dan persembahan bertenanga menerusi Festival Tentang Cinta yang bakal mewarnai pentas Sabah International Convention Centre (SICC) pada 9 Ogos 2025 pada jam 8 malam.


Ringkasan AI
  • Festival Tentang Cinta akan diadakan di Sabah International Convention Centre pada 9 Ogos 2025, menampilkan artis Malaysia dan Indonesia.
  • Konsert ini bertujuan untuk memacu sektor pelancongan dan seni Sabah, serta memperkenalkan bakat tempatan.
  • Tiket konsert dijual pada harga RM988 (VVIP), RM488 (VIP), RM288 (Gold), dan RM158 (Silver), boleh dibeli secara dalam talian mulai 9 Mei 2025.


Konsert berskala anjuran Extreme Visionary Venture dengan kerjasama Tourism Malaysia ini bakal menyaksikan penampilan istimewa Ara Johari, Adira Suhaimi, Mary Grace dan pelantun lagu Diam, Hael Husaini.

Lebih meriah, konsert ini juga menampilkan dua penyanyi hebat Indonesia Andmesh dan Ziva Magnolya.

Menurut wakil penganjur merangkap penerbit konsert, Datuk Suhaila Semaru, konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi inisiatif strategik untuk memacu sektor pelancongan dan seni Sabah.

“Festival Tentang Cinta adalah sebuah inisiatif yang lahir daripada semangat untuk menyatukan cinta dan muzik dalam satu pengalaman penuh makna.

“Kami mahu menjadikan Sabah sebagai destinasi hiburan dinamik, selain memperkenalkan bakat tempatan kepada khalayak lebih luas,” katanya.

Tambah beliau, konsert ini juga mampu menarik pelancong dari luar negara dan membuka peluang baharu dalam industri seni dan hiburan Sabah.

Penganjuran festival ini turut disokong erat oleh Tourism Malaysia sebagai sebahagian usaha memperkasa sektor pelancongan domestik menerusi acara berskala besar.

Harga tiket konsert Festival Tentang Cinta akan mula dijual pada harga RM988 (VVIP), RM488 (VIP), RM288 (Gold), dan RM158 (Silver).

Tiket boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman rasmi: www.ticket2u.com.my bermula 9 Mei 2025. -Gempak