FFM28: Pembahagian kategori utama mengikut bahasa dipalit kontroversi

Madiha Abdullah
Ogos 4, 2016 10:00 MYT
Pembahagian kategori mengikut bahasa dilihat peminat dan pengkritik sebagai tindakan terkebelakang.
SENARAI penuh calon Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28 terus bergelumang kontroversi.
Pencalonan yang diumumkan malam tadi menyaksikan bukan sahaja kredibiliti calon akhir diragui, malah pembahagian kategori juga mengundang kritikan khalayak.
Tiga kategori yang turut dipertandingkan tahun ini iaitu Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik dibahagikan kepada dua kategori; Bahasa Malaysia dan Bukan Bahasa Malaysia.
Pembaharuan ini sekaligus membawa persoalan dalam kalangan penggiat dan penggemar filem tanahair.
Apa rasionalnya pembaharuan ini.
Ramai berpendapat, FFM sebagai sebuah anugerah perfileman bertaraf nasional dan disokong Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) adalah tidak relevan apabila mengetengahkan pembahagian itu.
Malah ada yang menyifatkan ia tidak selari dengan dasar kerajaan yang selama ini mempromosikan perpaduan dan integrasi kaum.
Apatah lagi, seni merupakan produk yang bersifat universal yang sepatutnya diterima berdasarkan kualiti tanpa syarat.

#FFM28 ada kategori Pengarah Terbaik Bukan Dalam Bahasa Malaysia????? Ini lawak!

— FaizalSulaiman (@faizalsulaiman) August 3, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Festival Filem Malaysia? More like Festival Filem Melayu #FFM28

— terra (@hzqmhr) August 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

takut sangat kalah dengan bukan melayu ke? #ffm28

— hana nadira (@hanahalilintar) August 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

FFM tu acronym untuk Festival Filem MELAYU ke? #FFM28

— Razlan Shah (@razlanshah) August 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

You CANNOT have 2 best film categories. #FFM #FFM28 You can only have ONE best Malaysian film of the year. Not best Malay / best non Malay.

— Yee I-Lann (@YeeILann) August 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sampai bila bila filem kat malaysia ni takkan maju kalau asingkan mcm ni. Memalukan betul. #FFM28

— Haqimy (@meorhaqimy) August 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bukan sahaja peminat, malah 'langkah terkebelakang' penganjur itu dikritik hebat rata-rata penggiat seni.
FFM28 bakal berlangsung 1 hingga 3 September ini, dengan kemuncaknya di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre di ibu negara pada 3 September.
#Festival Filem Malaysia #FFM28 #filem