Filem aksi langsung 'The Lion King' temui peminat Julai 2019

Asyraf Roslan
Oktober 19, 2018 09:02 MYT
Antara barisan pelakon yang akan menyumbangkan suara mereka dalam filem aksi sebenar ' The Lion King' - Twitter @Jon_Favreau
Berita baik untuk peminat filem terbitan Disney!
Selepas filem aksi sebenar 'The Jungle Book', Disney bakal menyajikan satu lagi ceritanya yang paling popular, 'The Lion King'.
Ia memperlihatkan penyanyi dan pelakon, Daniel Glover yang memegang watak Simba, Beyonce sebagai Nala dan Seth Rogen sebagai si babi hutan, Pumbaa dan Billy Eichner sebagai si meerkat, Timon.
Watak bapa singa, Mufasa pula akan dimainkan oleh pelakon yang menyumbang suara untuk watak sama dalam filem animasi terbitan 1994 dahulu, iaitu James Earl Jones.
Malah, dua watak baharu akan diperkenalkan, iaitu Azizi yang akan dimainkan oleh Eric Andre serta Kamari yang bakal dijayakan Keegan-Michael Key.
Menambah keterujaan peminat, pengarah filem tersebut, Jon Favreau memuat naik gambar teraju utama filem tersebut di Twitternya.

#lionking@Sethrogen @billyeichner @donaldglover pic.twitter.com/O1gyQFWYub

— Jon Favreau (@Jon_Favreau) October 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Simba returns! pic.twitter.com/SHunf9fDkQ

— Jon Favreau (@Jon_Favreau) December 21, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Filem 'live action' the Lion King ini akan menggegar pawagam pada 19 Julai 2019.
#Beyonce #Disney #filem #James Earl Jones #Lion King Live Action #Mufasa #Pumbaa #Simba #The Lion King #Timon