[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
HIBURAN

Filem arahan Edmund Yeo, "River of Exploding Durians" catat sejarah

Astro Awani 01/10/2014 | 05:01 MYT
Filem arahan Edmund Yeo, "River of Exploding Durians" catat sejarah - Fail Foto
Filem sulung arahan pengarah Edmund Yeo iaitu River of Exploding Durians berjaya disenaraikan dalam kategori pertandingan utama di Festival Filem Antarabangsa Tokyo.
Filem itu dibintangi Zhu Zhi-Ying, Koe Shern, Joey Leong, Daphne Low, Mayjune Tan,Pearlly Chua dan Loo Sheng Yau.
Pencalonan itu merupakan sejarah buat industri perfileman Malaysia apabila ia merupakan filem pertama Malaysia berjaya disenaraikan dalam kategori pertandingan utama.
Selain filem arahan Edmund, filem Nova (Terbaik Dari Langit) arahan Nik Amir Mustapha turut bertanding dalam kategori Asian Future di festival yang sama.
#Edmund Yeo #filem #River of Exploding Durians #Tokyo