awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem 'Barbie' catat kutipan tayangan pembukaan tertinggi

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2023
06:39 MYT
Filem 'Barbie' catat kutipan tayangan pembukaan tertinggi
Dua bintang utama filem "Barbie", Margot Robbie and Ryan Gosling. - Reuters
FILEM Barbie mencatat kutipan AS$70 juta pada hari pertama tayangan domestik di Amerika Syarikat, dan dijangka bakal memperoleh lebih AS$155 juta bagi tayangan sepanjang hujung minggu.
Angka tersebut sekali gus melepasi bajet yang diperuntukkan pihak produksi untuk membikin filem adaptasi daripada koleksi anak patung popular keluaran Mattel itu.
Filem berkenaan juga dijangka melepasi angka AS$280 juta bagi pasaran global menjelang Ahad, menurut laporan The Hollywood Reporter.
Kutipan ini lebih besar daripada AS$230 juta yang diperoleh filem Mission: Impossible Dead Reckoning Part One pada minggu pembukaannya, minggu lalu.
Christopher Nolan pula membuktikan beliau antara pengarah terbaik ketika ini menerusi filem Oppenheimer, yang memperoleh AS$77 juta dalam tayangan pembukaannya di Amerika Syarikat.
Sementara itu, Mission: Impossible Dead Reckoning Part One dijangka mengutip AS$120 juta selepas 12 hari ditayangkan di pawagam.
Dead Reckoning dijangka akan terus menghadapi saingan daripada Barbie dan Oppenheimer dalam usaha memperoleh keuntungan daripada bajet AS$290 juta yang dikeluarkan.
Topic Berkaitan
#filem Barbie
#Mission Impossible
#jumlah kutipan
#Oppenheimer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan