awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem Barbie cecah kutipan AS$1 bilion, Oppenheimer dan Meg 2 cemerlang

Agensi
Agensi
06/08/2023
14:23 MYT
Filem Barbie cecah kutipan AS$1 bilion, Oppenheimer dan Meg 2 cemerlang
Filem Barbie, arahan Greta Gerwig, dijangka memperoleh sekitar AS$54 juta pada hujung minggu ini sekali gus melepasi angka AS$1 bilion. - Foto Warner Bros/AP
FILEM 'Barbie' melepasi kutipan AS$1 bilion di seluruh dunia minggu ini, ketika beberapa filem seperti 'Teenage Mutant Ninja Turtles,' 'Meg 2,' dan 'Oppenheimer' mula memberi saingan.
Filem arahan Greta Gerwig itu memperoleh sekitar AS$54 juta pada hujung minggu ini, sekali gus mencecah lebih AS$460juta di Amerika Utara dan melepasi AS$1 bilion di seluruh dunia.
Pencapaian ini akan menjadikan Barbie filem live-action adaptation pertama arahan seorang pengarah wanita yang berjaya berada dalam senarai filem dengan kutipan melebihi AS$1 bilion.
Filem ini juga menjadi filem live-action arahan pengarah wanita dengan kutipan tertinggi di Amerika Syarikat, mengatasi 'Wonder Woman' dan 'Captain Marvel'.
Filem 'Meg 2: The Trench' terbitan Warner Bros yang mula ditayangkan pada Jumaat, memperoleh kutipan pembukaan AS$12 juta. Filem tersebut merupakan sekuel filem The Meg yang ditayangkan pada 2018.
Sementara itu, 'Oppenheimer' arahan Christopher Nolan meneruskan prestasi cemerlang, dengan melepasi kutipan AS$500 juta di seluruh dunia.
Filem itu juga kini menjadi filem bertemakan Perang Dunia ke II dengan kutipan tertinggi, mengatasi 'Dunkirk' dan 'Saving Private Ryan.'
Topic Berkaitan
#Barbie
#filem
#Oppenheimer
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan