awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem 'Barbie' diharamkan di Punjab, Pakistan

Bernama
Bernama
24/07/2023
11:00 MYT
Filem 'Barbie' diharamkan di Punjab, Pakistan
Tayangan filem 'Barbie' di Punjab dihentikan, walaupun di kawasan lain di Pakistan tayangannya masih diteruskan. - Warner Bros/AP
ISLAMABAD: Lembaga Penapis Filem Punjab melarang tayangan filem ikonik Barbie, komedi fantasi yang dinanti-nantikan di pawagam di negeri itu kerana kandungannya yang tidak sesuai, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Tayangan filem itu di Punjab dihentikan, walaupun di kawasan lain di Pakistan tayangannya masih diteruskan.
"Filem itu diharamkan kerana kandungan yang tidak sesuai. Dialog yang tidak sesuai telah disunting dan lembaga pengarah penapis filem akan menyemaknya semula sebelum membuat keputusan mengenai tayangannya," kata Setiausaha Penerangan bagi Punjab, Ali Nawaz Awan, pada Isnin..
Ini bukan kali pertama sesebuah tayangan filem diharamkan di Pakistan.
Pihak berkuasa Pakistan telah mengharamkan beberapa filem India yang menayangkan aspek negatif agensi perisik negara itu, selain membabitkan kandungan lain yang menjadi topik tabu.
Tahun lepas, kerajaan mengharamkan filem Joyland kerana bimbang reaksi negatif masyarakat Islam yang konservatif.
Joyland ialah produksi pertama Pakistan yang ditayangkan di Festival Filem Cannes.
Kumpulan pelampau Islam menentang budaya lesbian, gay, biseksual, trans dan queer (LGBTQ), yang dianggap tabu di Pakistan seperti yang berlaku di kebanyakan dunia Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barbie
#Punjab
#Pakistan
#tayangan diharamkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan