ENTERTAINMENT

Filem biografi LCW: 'Tengok treler pun dah mengalir air mata' - Netizen

Nursyazwani Saiful Sham 22/12/2017 | 10:14 MYT
Filem 'Rise of The Legend' mengisahkan sepenuhnya mengenai penglibatan awal Chong Wei dalam arena badminton sehingga menjadi jaguh terkemuka dunia. - REUTERS/Fail
Siapa yang tidak kenal dengan juara badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang telah berjaya mengharumkan nama negara ke persada dunia.
Jaguh dunia ini akan muncul dengan filem biografinya buat julung kali dan akan ditayangkan pada suku pertama tahun hadapan.
Ternyata ramai yang menantikan filem itu ditayangkan terutamanya selepas treler pertama ditontonkan menerusi laman Twitter Chong Wei.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rata-rata netizen menyuarakan perasaan sukacita dan bangga dengan kemunculan filem tersebut menerusi ruangan komen di laman media sosial.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Filem ‘Rise of The Legend’ arahan Teng Bee itu mengisahkan sepenuhnya mengenai penglibatan awal Chong Wei dalam arena badminton sehingga menjadi jaguh terkemuka dunia.
BACA: Treler pertama filem biografi Datuk Lee Chong Wei keluar
Antara nama besar yang turut membintangi filem ini termasuk Datuk Rosyam Nor yang melakonkan watak legenda badminton negara Datuk Misbun Sidek yang merupakan jurulatih kepada Chong Wei.
#badminton #filem #Lee Chong Wei #Lee Chong Wei movie #Misbun Sidek #rise of the legend #treler