Filem 'Dukun' akhirnya ditayang selepas 12 tahun, ini komen pengarahnya Dain Said

Nursyazwani Saiful Sham
April 2, 2018 03:56 MYT
Filem Dukun yang akan ditayangkan pada 5 April ini mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam. - Foto: Twitter/@AstroShaw
Bagi peminat filem tempatan dan penggemar genre thriller mistik, berita terbaru ini mungkin membangkitkan rasa teruja, meskipun terpaksa menahan keinginan itu lebih sedekad.
Filem Dukun yang telah menjalani penggambaran sejak 2006, akhirnya bakal bertemu penonton di layar perak beberapa hari lagi.
Menurut pengarahnya, Dain Said, beliau bersyukur apabila mendapat tahu filem itu 'lulus dan lepas' untuk tayangan umum selepas 12 tahun ‘disimpan’.
“Kerja keras yang dilakukan oleh peneraju utama dalam filem ini seperti Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein, Bront Palare dan Namron akhirnya berbaloi kerana mereka telah berikan yang terbaik ketika penggambaran filem.
“Walaupun saya baru munggu lepas saya dapat tahu filem ini akan ditayangkan di pawagam, tetapi saya masih mahu berterima kasih kepada pihak penerbit, Astro Shaw atas usaha untuk tayangan Dukun,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambahnya, tiada babak yang akan dipotong dan jalan cerita akan kekal sama seperti mana 12 tahun lalu sewaktu sesi penggambaran dijalankan.
“Memang sejak dari awal Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) tidak pernah potong mana-mana scene, jadi untuk tayangan di pawagam ini tiada scene yang akan dikeluarkan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Astro Shaw menerusi platform media sosial Twitter telah melancarkan trailer pertama dan telah mengejutkan banyak pihak yang tidak menyangka filem itu akhirnya akan ditayangkan di layar perak.

#AkhirnyaKitaBertemu . Anda rasa anda tahu tapi tidak kesemuanya kerana misteri masih belum terjawab. #PerempuanKebayaMerah telah menjelmakan diri. Ini menandakan Filem #Dukun bakal merungkaikan kisahnya DI PAWAGAM 5 APRIL 2018#PerempuanKebayaMerah#Dukun #AkhirnyaKitaBertemu pic.twitter.com/PtgYjwTvjv

— Astro Shaw (@AstroShaw) April 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Filem Dukun yang akan ditayangkan pada 5 April ini mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam dan kaitannya dengan kes pembunuhan.
#Astro Shaw #dain said #DUKUN #filem #mistik #pawagam #Seram