Filem 'Hide and Seek: Minako' bawa tema seram baru

Astro Awani
Februari 25, 2019 22:01 MYT
Sidang Media bersama pengarah dan barisan pelakon 'Hide and Seek: Minako'.
Bagi mereka yang meminati filem seram, anda wajib menonton filem 'Hide and Seek: Minako' dari Indonesia yang menampilkan satu tema baru iaitu seram fantasi.
Menurut pengarah, Billy Christian filem ini diadaptasikan daripada sebuah novel Petak Umpet: Minako dan memberikan satu cabaran bagi beliau untuk memastikan jalan ceritanya tidak berubah.
"Jalan cerita daripada novel agak panjang jadi saya harus memilih beberapa babak yang sesuai untuk diadaptasikan ke dalam filem tapi tidak merubah jalan cerita daripada novel tersebut," katanya.
Filem ini juga berlainan daripada filem seram biasa apabila menggabungkan dua budaya berbeza daripada Indonesia dan Jepun, menurut pelakon Regina Rengganis yang memegang watak sebagai Vinda.
Miller Khan merupakan peneraju utama filem ini, sempat berkongsikan detik-detik seram yang berlaku di lokasi pengambaran apabila salah seorang daripada krew pengambaran dirasuk.
Filem ini dibarisi oleh perlakon terkenal Indonesia seperti Miller Khan, Nicky Tirta, Ario Astungkoro, Novintha Dhini dan Regina Rengganis.
Jangan lupa menyaksikan filem 'Hide and Seek: Minako' yang akan ditayangkan pada pada 28 Februari 2019 di TGV cinemas.
#filem #hide and seek minako #hitori kakurenbo #Indonesia #miller khan #Seram