awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem Iban mampu pergi jauh tapi...

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2020
06:21 MYT
Filem Iban mampu pergi jauh tapi...
Bruce Walker meletakkan impiannya melonjakkan imej filem Iban ke peringkat lebih tinggi sebagai keutamaan. - Foto Astro AWANI.
KUCHING:Parasite memecah dominasi filem berbahasa Inggeris apabila dinobat filem terbaik Oscar 2020. Filem berbahasa Korea sepenuhnya ini turut membawa pulang empat lagi anugerah dalam acara berprestij itu.
Kejayaan Parasite itu bukan singkat langkahnya. Hakikatnya perjalanan Korea Selatan untuk menerobos pasaran antarabangsa (bukan hanya Hollywood) telah lama bermula dan berjaya. Lihat sahaja di Malaysia.
Kemampuan Korea Selatan mempromosi bahasa dan budaya menerusi dunia hiburan mencetus semangat buat insan seni bernama Bruce Walker.
Nama ini mungkin asing bagi kita, namun bagi masyarakat Sarawak, Bruce dianggap ‘hero filem Iban’.
Lebih 20 tahun terlibat dalam dunia perfileman Iban, Bruce membintangi beberapa filem. Dua daripadanya pernah menjengah pawagam iaitu Apai Salon dan Peransang Rentap masing-masing pada tahun 2009 dan 2017.
Sebagai orang lama, Bruce memasang impian mengangkat filem Iban ke tahap lebih tinggi. Jika tidak mampu setanding Parasite, sekurang-kurangnya diminati penonton dalam negara.
Namun di sebalik optimisnya Bruce, dia mengaku ada beberapa halangan yang perlu ditempuh. Paling utama kata Bruce adalah sokongan.
Kata Bruce, tiada pihak yang sanggup melabur untuk filem Iban kerana bimbang ‘tak balik modal’.
“Pemikiran seperti itu perlu disingkirkan.
“Kalau kita tetap dengan pemikiran seperti itu, kasihan dengan industri kita, sudahlah kecil, tiada sokongan jadi bagaimana nak berkembang?” soal Bruce ketika ditemui AWANI Sarawak di kediamannya di sini.
Tegas Bruce, jika perkara ini berterusan, filem atau drama Iban akan mati. Begitu juga bakat-bakat baharu sama ada pelakon atau penulis skrip yang berhasrat mewarnai dunia lakonan Iban.
“Saya kasihan dengan bakat muda yang baru membangun di Sarawak ini, benar bakat kita ramai, tapi sayang mereka tidak diketengahkan,”ujarnya.
Selain masalah pelabur, filem Iban juga berdepan kekangan mentaliti stereotype. Tiada idea segar dan sering tertumpu kepada kehidupan di rumah panjang.
““Jangan terlalu fokus kepada rumah panjang, mesti ada sesuatu yang moden, kita sudah mempunyai mereka yang berpelajaran, yang kaya dan sebagainya.
“Jadi dua idea yang berbeza, untuk hasilkan sebuah cerita yang baik, sebaiknya kita gabungkan dua-duanya sekali, jangan hanya rakam rumah panjang, mesti pelbagai” tambahnya.
Bruce (tiga dari kiri) ketika menjalani penggambaran filem Perangsang Rentap
Bruce (tiga dari kiri) ketika menjalani penggambaran filem Perangsang Rentap
Bruce tidak menyembunyikan keterujaannya apabila ada syarikat penerbitan filem luar Sarawak yang membuat penggambaran di negeri itu.
Namun dia sedikit kecewa kerana ada yang sekadar tangkap muat tanpa buat kajian dahulu mengenai latar belakang sosial dan tidak pelbagai dalam memilih lokasi penggambaran.
“Sepatutnya mereka kaji terlebih dahulu budaya kita.
Lokasi pula jangalah asyik Kucginh sahaja tapi promosi juga tempat lain seperti Sibu, Miri, Sarikei atau Sri Aman,” luah Bruce.
Mengakhiri perbualannya bersama AWANI Sarawak, Bruce meletakkan impiannya melonjakkan imej filem Iban ke peringkat lebih tinggi sebagai keutamaan.
Bruce tahu orang Iban terutamanya generasi muda ramai yang berbakat, namun dihalang oleh kurangnya ruang dan peluang.
“Saya berharap syarikat produksi perlu lebih berani dan yakin menerbitkan filem atau drama Iban. Sayang kita ada bakat tapi dipersia-siakan,” katanya.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Iban
#Bruce Walker
#Kuching
#Sibu
#Miri
#Korea Selatan
#Malaysia
#hiburan
#filem
#Hollywood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan