[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
HIBURAN

Filem 'Lawak Ke Der 2' diklasifikasikan 18PL

Astro Awani 23/02/2013 | 08:26 MYT
“Lawak Ke Der” musim kedua mencipta sejarah apabila menjadi pementasan Malaysia pertama yang ditayangkan di pawagam.
Bagaimanapun penerbitnya, Hans Isaac akur apabila Lembaga Penapisan Filem mengiktirafkan tayangan itu sebagai Klasifikasi 18-pl.
“Sewaktu saya menerbitkan Lawak Ke Der 1 dan 2 terdapat respon yang menggalakkan di Istana Budaya dan Astro, saya rasa apa kata kita melabur sedikit untuk menghasilkan satu filem untuk ke panggung layar,” kata Hans.
Tambahnya, bagi membawakan “Lawak Ke Der” musim kedua ke layar perak, Hans membelanjakan RM2.4 juta termasuk kos promosi dan pemasaran.
“Filem ini akan ditayangkan dalam format berdefinisi tinggi yang bakal dijayakan oleh enam pelawak terkenal iaitu kumpulan Boboi, Jozan, Harith Iskandar dan Nabil,” ujarnya.
“Lawak Ke Der 2” bakal ditayangkan di 70 pawagam di seluruh Malaysia bermula 7 Mac depan.
#filem #Hans Isaac #lawak ke der