awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Filipina tandatangani belanjawan negara 2026 berjumlah AS$115 bilion
RUU tempoh jawatan tidak libatkan Ketua Menteri dan Menteri Besar - Azalina
Bayaran balik lebihan cukai taksiran 2023, 2024 diselesaikan tahun ini - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem Lee Chong Wei diiktiraf Malaysia Book of Records & Asia Book of Records

Gempak
Gempak
09/03/2018
21:02 MYT
Filem Lee Chong Wei diiktiraf Malaysia Book of Records & Asia Book of Records
Filem yang mengisahkan kehidupan Datuk Lee Chong Wei ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 15 Mac ini. - Astro Gempak
FILEM yang berkisarkan tentang kisah hidup jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records.
Tayangan perdana yang julung kali diadakan itu dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records sebagai tayangan perdana filem yang bukan sahaja terbesar di Malaysia malah di peringkat Asia.
Filem Lee Chong Wei juga telah menerima satu lagi anugerah daripada The Malaysia Book of Records iaitu paparan skrin terbesar LED berukuran 40 meter X 17 meter.
Seramai 20,000 orang dalam dan luar negara telah menyaksikan tayangan sulung filem Lee Chong Wei, Menjulang Kejuaraan versi tambahan berdurasi 133 minit.
Filem terbitan bersama Cb Pictures dan Sky Events dengan kerjasama Mahu Picture telah mengubah Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi sebuah pawagam mega menggunakan layar gergasi LED berukuran 40 meter X 17 meter, sekali gus menjadikannya sebagai majlis tayangan perdana filem terbesar di Malaysia dan Asia.
Pada majlis ini tetamu turut dihiburkan oleh Nabila Razali dan Priscilla Abby dengan menyanyi lagu tema bertajuk Cahaya Juara.
Filem yang mengisahkan tentang kehidupan pemain badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 15 Mac ini.
Filem arahan Teng Bee ini turut dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Jake Eng, Ahsley Hua dan Agnes Lim.
Topic Berkaitan
#biopik
#filem
#jaguh badminton
#Lee Chong Wei
#Rekod
#tayangan pembukaan
#tayangan perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan