HIBURAN
Filem Pangku angkat isu kemiskinan dengan pendekatan realistik
Pangku menampilkan naratif kemanusiaan yang dekat dengan realiti masyarakat, dengan fokus kepada perjuangan individu yang terperangkap dalam kekangan sistem sosial dan ekonomi.
KUALA LUMPUR: Filem Pangku arahan sulung Reza Rahadian tampil dengan pendekatan berbeza dalam mengangkat isu kemiskinan, apabila memilih untuk menyampaikannya dengan lebih realistik dengan kehidupan sebenar.
Menurut Reza, pemilihan genre dan tema filem tersebut mempunyai kaitan rapat dengan pengalaman peribadinya, selain keinginan untuk memaparkan isu sensitif itu dari sudut pandang yang lebih berperikemanusiaan.
“Saya rasa filem ini sedikit banyak relevan buat saya secara peribadi, sehingga saya memilih genre ini. Selain daripada drama, ia juga topik yang sangat sensitif, tetapi dari kaca mata yang berbeza.
"Biasanya kemiskinan dilihat sebagai sesuatu yang boleh dieksploitasi dalam filem, dijadikan melodramatik semata-mata untuk membuat penonton menangis,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama AWANI Pagi.
Sebaliknya, Reza berkata Pangku cuba mengekalkan kejujuran penceritaan agar mesejnya dapat disampaikan secara bersahaja, seiring konsep "slice of life" yang menjadi teras karya itu.
“Kami cuba mengekalkan kesungguhan filem ini untuk disampaikan kepada penonton secara sangat halus. Ia tentang bagaimana seorang ibu tunggal cuba bertahan hidup, tanpa banyak pilihan selain apa yang ada di hadapannya,” katanya lagi.
“Kita berbicara tentang kemiskinan, dan bagaimana kemiskinan itu sebenarnya sebahagian daripada sistem. Ia bukan sesuatu yang hadir begitu sahaja, tetapi ada elemen sistematik yang membentuk realiti tersebut,” jelas Reza.
Sementara itu, pelakon Fedi Nuril yang memegang watak Hadi, seorang pemandu lori yang bergelut dengan kesunyian dan tekanan hidup, di samping keinginan untuk memiliki sebuah keluarga berkata, watak tersebut memberi makna tersendiri buatnya kerana mempunyai persamaan dengan latar belakang kehidupannya sendiri.
“Waktu menerima tawaran daripada Reza, saya melihat ada kesamaan kerana saya juga dibesarkan oleh seorang ibu tunggal bersama tiga kakak saya.
"Saya sangat menghargai bagaimana ibu saya berjuang membesarkan kami, dan filem ini juga menjadi satu penghormatan kepada para wanita, khususnya ibu tunggal,” katanya.
Beliau berkata, memahami watak Hadi turut membantunya menyelami perasaan manusia yang sering bergelut untuk bertahan dalam kehidupan yang keras.
“Walaupun sekeras-kerasnya kehidupan, kita tetap sukar untuk bertahan sendirian di dunia ini. Sebab itu Hadi masih merasa kesepian dan menginginkan sebuah keluarga,” katanya.
Pangku menampilkan naratif kemanusiaan yang dekat dengan realiti masyarakat, dengan fokus kepada perjuangan individu yang terperangkap dalam kekangan sistem sosial dan ekonomi, sekali gus mengajak penonton melihat isu kemiskinan dari perspektif yang lebih empatik dan mendalam.
Ia mula ditayangkan di Malaysia pada 11 Disember lepas.