Filem terbitan Astro Shaw dan Grand Brilliance "Penanggal" mendominasi pencalonan akhir Festival Filem Malaysia 26.
Filem arahan Ellie Suriati itu menerima 15 pencalonan akhir termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.
Mengekori rapat adalah filem Sembunyi dengan 12 pencalonan diikuti KIL (11), Rock Oo (9), Tanda Putera (9), KL Gangster 2(7) dan Psiko Pencuri Hati (5).
Filem lain yang turut dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik adalah KIL, KL Gangster 2, Rock Oo dan Sembunyi: Amukan Azazil.
Pencalonan akhir dalam kategori ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila kesemua filem diterbitkan oleh Primeworks Studios (Grand Brilliance) secara persendirian mahu pun usahasama dengan produksi lain.
Pesaing dalam kategori Pengarah Terbaik menyaksikan dua muka baru iaitu Ellie Suriaty (Penanggal) dan Nik Amir Mustapha (KIL) bertembung dengan muka lama antaranya Kabir Bhatia (Sembunyi), Mamat Khalid (Rock Oo) dan Syamsul Yusof (KLG2).
Antara kejutan awal FFM26 termasuk ketiadaan nama pelakon Redza Minhat (KIL) dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik yang menyenaraikan pelakon Faizal Hussein (Longkai), Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati), Syed Hussein (Psiko Pencuri Hati), Rusdi Ramli (Tanda Putera) dan Azry Iskandar (Penanggal).
Filem Psiko Pencuri Hati juga seakan tidak diberikan perhatian apabila gagal mendapat pencalonan dalam beberapa kategori antaranya Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Bertemakan Transformasi Sinema Malaysia, Festival Filem Malaysia ke 26 dijadualkan berlangsung pada Oktober depan.
Senarai penuh pencalonan akhir
Filem Terbaik
KIL (Primeworks Studios (Grand Brilliance))
KL Gangster 2 (Skop Productions/Primeworks Studios (Grand Brilliance))
Penanggal (Astro Shaw/Primeworks Studios (Grand Brilliance))
Rock Oo (Primeworks Studios (Grand Brilliance))
Sembunyi: Amukan Azazil (Primeworks Studios (Grand Brilliance)
Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik
Dhusrajanam
The Wedding Diary II
Paper Moon
The Collector
The Golden Couple
Pengarah Terbaik
Ellie Suriaty (Penanggal)
Kabir Bhatia (Sembunyi: Amukan Azazil)
Mamat Khalid (Rock Oo)
Nik Amir Mustapha (KIL)
Syamsul Yusof (KL Gangster 2)
Filem Pendek Terbaik
Jahit (Reservoir Production)
Cerita Satu Malam (Nazri Mohd Annuar)
Kekasih (Diffan Sina Norman)
The Pillar (Thumbs Up Team)
Mimpi Mah Meri (Yu Chee Boon)
Filem Animasi Terbaik
The Adventure of Hoggie, Pinky Zero, Ali and Abu (Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UMK)
The Curse (Thumbs Up Team)
Jinggo (El Videographics)
Lakon Layar Terbaik
Ellie Suriaty (Penanggal)
Alfie Palermo (Sembunyi: Amukan Azazil)
Mamat Khalid (Rock Oo)
Nik Amir Mustapha (KIL)
Syamsul Yusof (KL Gangster 2)
Pelakon Lelaki Terbaik
Azry Iskandar (Penanggal)
Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati)
Faizal Hussein (Longkai)
Rusdi Ramli (Tanda Putera)
Syed Hussein (Psiko Pencuri Hati)
Pelakon Wanita Terbaik
Diana Danielle (Sembunyi: Amuka Azazil)
Kalpana (Dhusrajanam)
Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati)
Ummi Nazeera (Penanggal)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Azad Jazmin (Kolumpo)
Khir Rahman (Rock Oo)
Rosyam Noor (KL Gangster 2)
Sharnaaz Ahmad (Juvana)
Zizan Nin (Tanda Putera)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Anne James (KIL)
Nell Ng (Kolumpo)
Normah Damanhuri (Penanggal)
Ruminah Sidek (Kolumpo)
Umie Aida (Sembunyi: Amukan Azazil)
Cerita Asal Terbaik
Ellie Suriaty (Penanggal)
Kabir Bhatia (Sembunyi: Amukan Azazil)
Mamat Khalid (Rock Oo)
Amin Shakib (Psiko Pencuri Hati)
Fadzil Zahari (Tokan)
Sinematografi Terbaik
S.Y. Chong (KIL)
Haris Hue Abdullah (Istanbul Aku Datang)
Raja Mukriz (Penanggal)
Filus Ghazali (Tanda Putera)
Norhanisham Muhammad (Sembunyi: Amukan Azazil)
Penyunting Terbaik
Rewan Ishak (KIL)
Wong Hui Lynn (Istanbul Aku Datang)
Akashdeep Singh (Penanggal)
Syamsul Yusof/Hisham Jupri (KL Gangster 2)
Adilan Azemi (Sembunyi: Amukan Azazil)
Skor Muzik Asal Terbaik
Sharon Paul (Tanda Putera)
Bell Foo/JT Ng (Paper Moon)
Nik Mustaza Nik Mustapha (Tokan)
Hafiz Hamidun (KL Gangster 2)
Hafiz Hamidun (Sembunyi: Amukan Azazil)
Penataan Seni Terbaik
Rewan Ishak (KIL)
Zahid Othman (Rock Oo)
Nazrul Asraff (Penanggal)
Aida Fitri Buyong/Kamarul Nizam (Tanda Putera)
Mazalan Zulkifli (Sembunyi: Amukan Azazil)
Penataan Bunyi Terbaik
Mohsin Othman (KIL)
Mohd Rashid Othman (Rock Oo)
Adzrey Abdul Kamal (Penanggal)
Syamsul Yusof/Hisyam Jupri (KL Gangster 2)
Hafiz Hamidun (Sembunyi: Amukan Azazil)
Lagu Tema Asal Terbaik
Aku Datang (Istanbul Aku Datang)
Tika (Rock Oo)
Tokan (Tokan)
Puisi Sang Dewi (Lemak Kampung Santan)
Tanda (Tanda Putera)
Pengarah Harapan
Ellie Suriaty (Penanggal)
Nam Ron (Psiko Pencuri Hati)
Esma Daniel (Zaiton Ceritaku)
Nik Amir Mustapha (KIL)
Syed Hussein (Langgar)
Pelakon Harapan Lelaki
Ahya U (Tanda Putera)
Shukri Yahaya (Ular)
Karl Shafek (Zaiton Ceritaku)
Syazwan Zulkifli (Juvana)
Zul Ariffin (Penanggal)
Pelakon Harapan Wanita
Cristina Suzanne (KIL)
Nadia Aqilah (Zaiton Ceritaku)
Nelyda Senrose (Cinderella)
Siti Saleha (Kerat 14)
Uqasha Senrose (Paku Pontianak)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Farrah Nadiah (Bisikan Syaitan)
Nur Adriana (Bencinta)
Putri Balqis (1 Lawan 1)
Rykarl Iskandar (Ajiboy)
Ahmad Ashraff Fahmy (Lemak Kampung Santan)
Pereka Kostum Terbaik
Hasnan Yaccob/Fadzilah Abdullah (Tanda Putera)
Akma Suriati Awang (Rock Oo)
Ameen Mustajab (Sembunyi: Amukan Azazil)
Sarah Lee Ann (Kara King)
Nasirah Ramlan (Penanggal)
Kesan Khas Terbaik
Pesona Pictures (Tanda Putera)
Showbiz Productions (Ular)
Tayangan Unggul (Husin, Mon & Jin Pakai Toncit)
Tall Order Productions (Lemak Kampung Santan)
Astro Shaw & Primeworks Studios (Grand Brilliance) (Penanggal)
Poster Terbaik
Primeworkds Studios (Grand Brilliance) (KIL)
Tripod Entertainment (War of The Worlds: Goliath)
MIG Pictures (Bencinta)
Primeworks Studios (Grand Brilliance) (Balada Pencinta)
Otto Film (Kolumpo)
Berikut adalah trailer lima filem yang tercalon dalam kategori Filem Terbaik:
KIL
KIL merupakan filem arahan Nik Amir Mustapha dan menampilkan Redza Minhat dan Cristina Suzanne yang turut tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Wanita.
KL Gangster 2
KL Gangster 2 merupakan filem ke-8 arahan Syamsul Yusof, terbitan Skop Productions dan Grand Brilliance.
Penanggal
Filem pertama terbitan usahasama dua penerbit besar perfileman di Malaysia Astro Shaw dan Grand Brilliance di bawah arahan Ellie Suriaty. Ia menampilkan Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Zul Arifin, Fasha Sandha dan ramail nama-nama besar lain.
Rock Oo
Filem arahan Mamat Khalid menerima 9 percalonan, termasuk untuk Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Khir Rahman), dan Lagu Tema Asal Terbaik.
Sembunyi: Amukan Azazil
Sembunyi: Amukan Azazil mengisahkan kehidupan Aishah (lakonan Diana Danielle) yang hidup ketika zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Filem arahan Kabir Bhatia turut dibintangi Remy Ishak, Umie Aida, Sharnaaz Ahmad and Sara Ali.
Muzaffar Mustapa
Sat Aug 16 2014
![Filem 'Penanggal' dominasi pencalonan akhir FFM26 Filem 'Penanggal' dominasi pencalonan akhir FFM26](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/81408114068_295x200.jpg)
Penanggal menerima 15 pencalonan pada FFM26
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722052200_tbucapantakziah.jpg)
Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.
![Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722051144_ArifAiman.jpg)
Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner
Steinbruckner berkata ketiadaan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid serta Safwan Mazlan merencatkan perancangan skuad penyu.
![Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722049078_tbParisOlympic.jpg)
Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti
Turut dipamerkan adalah perayaan tradisional Tahiti Rahiri, mewakili permainan adil dan saling menghormati antara atlet.
![Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722048993_tbOnnHafizGhaziT.jpg)
Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan
Onn Hafiz berharap hasrat membangunkan sekolah rintis Johor akan membuahkan hasil yang baik demi masa depan negeri itu.
![FFM26 ditangguh kerana tragedi MH17 FFM26 ditangguh kerana tragedi MH17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/51359801205_295x200.jpg)
FFM26 ditangguh kerana tragedi MH17
Penangguhan Festivel Filem Malaysia 26 (FFM26) yang dibuat baru-baru ini ekoran daripada ingin memberi penghormatan dan peka terhadap isu MH17 yang melanda Malaysia pada Julai yang lepas.
![Calon Pelakon Wanita Terbaik mahu beli pakaian cantik ke FFM26 sebelum maut Calon Pelakon Wanita Terbaik mahu beli pakaian cantik ke FFM26 sebelum maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/81408801256_295x200.jpg)
Calon Pelakon Wanita Terbaik mahu beli pakaian cantik ke FFM26 sebelum maut
Maut jatuh apartment, hasrat pelakon filem tamil pertama tercalon FFM26 beli pakaian cantik ke majlis tersebut tidak tercapai.
![Filem 'Penanggal' dominasi pencalonan akhir FFM26 Filem 'Penanggal' dominasi pencalonan akhir FFM26](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/81408114068_295x200.jpg)
Filem 'Penanggal' dominasi pencalonan akhir FFM26
Filem terbitan Astro Shaw dan Grand Brilliance "Penanggal" mendominasi pencalonan akhir Festival Filem Malaysia 26.