Filem 'Us' bakal menghantui pawagam pada 2019

Asyraf Roslan
Disember 26, 2018 06:52 MYT
FILEM Us terbitan Universal Pictures akan menemui anda pada tahun 2019 - Foto Twitter/@jowrotethis
APA yang akan terjadi apabila ada mahkluk yang muncul di hadapan anda yang menyerupai dan berfikiran seperti anda?
Kisahnya bermula apabila sepasang suami isteri, Gabe dan Adelaide Wilson membawa anak-anak mereka bercuti di rumah pantai mereka dengan harapan dapat menghabiskan masa bersama rakan-rakan mereka.
Bagaimanapun, keadaan berubah menjadi tengang apabila muncul sekumpulan pengunjung yang tidak diundang.
Inilah plot yang diketengahkan dalam filem Us yang dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Lupita Nyong'o, Winston Duke, Elisabeth Moss, Tim Heidecker, Yahya Abdul-Mateen II, dan Anna Diop.
Filem seram yang menelan belanja hampir RM102 Juta (AS$24.6 juta) itu diarahkan oleh Jordan Peele, pengarah yang pernah memenangi anugerah Oscar bagi filem pertama arahanya Get Out.
Us yang diterbitkan oleh Universal Pictures akan menemui anda pada tahun 2019.
#filem #Jordan Peele #Lupita Nyong'o #US #Winston Duke