Bagi mengubati kerinduan peminat, kumpulan muzik popular Indonesia, Sheila On 7 akan mengeluarkan single terbaharu bertajuk 'Film Favorit' pada hujung bulan ini.
Pemain gitar kumpulan itu, Eross Chandra berkata lagu tersebut merupakan hadiah kepada peminat yang terus setia menyokong mereka sepanjang lebih 20 tahun bergelar anak seni.
"Menerusi lirik Film Favorit, kami ingin menyampaikan mesej positif kepada para pendengar khususnya anak muda agar terus yakin dan tidak mudah putus asa untuk mencapai impian mereka.
"Tiada perancangan untuk mengeluarkan album dalam masa terdekat namun kami bercadang untuk mengeluarkan tiga atau empat single dalam tahun ini," katanya pada sidang media sempena konsert 'Sheila On 7 Live in Kuala Lumpur 2018' yang turut dihadiri pemain bes kumpulan itu, Adam Subarkah di sini hari ini.
Eross berkata single terbaharu itu juga bakal didendangkan kepada peminat di Malaysia buat pertama kali pada konsert tersebut yang bakal berlangsung pada 10 Feb ini, di StarXpo Centre KWC Fashion Mall.
Katanya, persembahan yang berlangsung selama dua jam itu akan dihangatkan dengan 20 lagu popular mereka yang masih lagi di peringkat pemilihan.
Selain Eross dan Adam, Sheila On 7 yang ditubuhkan pada 1996 turut dianggotai Akhiyat Duta Modjo sebagai vokalis dan Brian Kresno Putro sebagai pemain dram.
Kumpulan yang popular dengan lagu Sephia, Berhenti Berharap dan Melompat Lebih Tinggi itu telah melahirkan lapan buah album bermula pada 1999 sehingga 2014. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 05 2018
'Film Favorit' merupakan hadiah kepada peminat yang terus setia menyokong mereka sepanjang lebih 20 tahun bergelar anak seni. - YouTube
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
'Film Favorit' buah tangan terbaharu Sheila on 7
Bagi mengubati kerinduan peminat, kumpulan muzik popular Indonesia, Sheila on 7 akan mengeluarkan single terbaharu bertajuk 'Film Favorit' pada hujung bulan ini.