awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Finalis Miss World Malaysia 2013 sedia bersaing

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2013
04:45 MYT
Finalis Miss World Malaysia 2013 sedia bersaing
Finalis pertandingan "Miss World Malaysia 2013" sedia merebut mahkota ratu. Pemenang akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa pada September depan di Jakarta. 20 finalis dari ratusan peserta disenarai pendek untuk meneruskan pertandingan penuh glamour dan prestij ini. Pemilihan berdasarkan kualiti dari segi paras rupa, personaliti, kebijaksanaan dan sifat feminin. Finalis dipilih menerusi uji bakat tertutup yang diadakan pada 12 Julai lepas di Best Western Premier dua sentral oleh Datuk Anna Lim, Miss Universe Malaysia 1990 dan Mrs Malaysia World 2004/2005. Setelah dipilih, finalis diperlukan untuk mengikuti aktiviti yang disediakan seperti sesi fotografi dan sidang media sebelum mengikuti latihan bersama pasukan profesional. Latihan meliputi peragaan, penggayaan sehinggalah motivasi diri. Bertemakan "Beauty With A Purpose", acara kemuncak "Miss World Malaysia 2013" akan berlangsung di Corus Hotel, Jalan Ampang pada 2 Ogos. Juara akan membawa pulang wang tunai RM30,000 selain mewakili Malaysia ke Jakarta untuk pertandingan Miss World, September depan. Selain itu, RM10,000 daripada acara itu akan disumbangkan kepada badan amal.
Topic Berkaitan
#Beauty With A Purpose
#Miss World Malaysia 2013
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan