awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Rohingya dihukum penjara 16 tahun sebabkan kematian rakan senegara
Cuepacs ingatkan penjawat awam urus kenaikan gaji secara berhemat, berdisiplin
Ghea Indrawari kembali ke KL menerusi konsert 'Rasi Jiwa'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33

Bernama
Bernama
01/12/2024
00:45 MYT
Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Sesi Apresiasi Filem sempena FFM33 akan diadakan bagi filem Duan Naga Bogho pada 2 Dis bersama moderator dan panel-panel jemputan tanah air. - Facebook FINAS Malaysia
KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menganjurkan Sesi Tayangan dan Apresiasi Filem melibatkan karya yang tercalon bagi kategori Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33) secara percuma.
FFM33 dijadual berlangsung pada 7 Dis ini.
Finas menerusi kenyataan semalam memaklumkan program itu berlangsung selama lima hari bermula Isnin (2 Dis) pada sebelah malam di GSC Mid Valley di sini, dengan antara filem terlibat ialah Duan Nago Bogho, Imaginur, Mechamato Movie, Hungry Ghost Diner dan Rain Town.
"Tujuan utama program ini adalah untuk membuka peluang kepada masyarakat umum yang berminat mengikuti sesi tayangan dan apresiasi filem berkaitan perkongsian idea dan pendapat mengenai filem secara ilmiah bersama ahli panel.
"Selain itu, program ini juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Mereka yang berhasrat menyertai program itu boleh mendaftar menerusi https://forms.gle/rwL63GvGEMY4UqUVA kerana penyertaan adalah terhad kepada 100 orang, dengan antara terlibat dalam apresiasi itu ialah penerbit, pelakon dan pengarah.
Selain filem yang tercalon bagi kategori Filem Terbaik, Finas juga mengadakan sesi tayangan umum 63 judul filem yang bertanding pada FFM33 juga secara percuma bermula semalam hingga 6 Dis ini, dengan pendaftaran boleh dibuat menerusi https://tinyurl.com/TayanganPercumaFFM33.
Tayangan filem terlibat diadakan di Mid Valley, Imago di Kota Kinabalu, Sabah dan Spring Mall di Kuching, Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FINAS
#Sesi Tayangan dan Apresiasi Filem
#Festival Filem Malaysia ke-33
#FFM33
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan