Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan memperkenalkan modul Skim Wajib Tayang yang baharu, selain menentukan satu garis panduan untuk industri filem tanah air.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata modul yang bertujuan mengatasi isu filem tidak laku sedang dilihat di peringkat pegawai undang-undang.
"Isu filem tidak laku ini terjadi kerana kita tidak ada garis panduan filem yang macam mana boleh masuk panggung. Di Hollywood, tak semua filem boleh masuk panggung, tetapi di Malaysia, semua filem boleh masuk panggung.
"Kami ada satu modul wajib tayang baharu, yang kami akan umum dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Sinergi Industri Finas bersama Media di sini, pada Isnin.
Dalam perkembangan lain, ditanya cabaran menerajui Finas, Ahmad Idham yang memegang jawatan tersebut sejak 12 Mac lalu berkata penyelewengan kewangan merupakan cabaran terbesar yang terpaksa dihadapinya.
"Bila masuk dalam Finas, memang saya terkejut dengan pelbagai masalah yang timbul. Saya tertanya-tanya, apa dah jadi? Mana duit Finas pergi? Kes dengan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berlambak-lambak.
"Saya tak rasa saya boleh selesaikan semua masalah ini dalam waktu terdekat. Tetapi, saya yakin ia akan diselesaikan secara berperingkat," katanya yang menyerahkan kepada SPRM dalam menyelesaikan isu melibatkan penyelewengan Finas.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo meminta SPRM mempercepatkan siasatan kes dana Finas membabitkan RM25 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2019
AHMAD IDHAM: Isu filem tidak laku ini terjadi kerana kita tidak ada garis panduan filem yang macam mana boleh masuk panggung. - Gambar fail/BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Anak Perjanjian Syaitan 2 kini ditayang di Pakistan
Selepas berjaya meraih kutipan RM3.5 juta di negara ini, filem Anak Perjanjian Syaitan 2 kini ditayangkan di Pakistan.
PRU15: Pencalonan Aminuddin, laporan Ahmad Idham wajar diteliti SPR - Kamalanathan
Kamalanathan berkata, walaupun beliau percaya Aminuddin berkemungkinan telah melakukan semakan dari pelbagai aspek namun SPR wajar menelitinya.
PRU15: GTA Negeri Sembilan calonkan Ahmad Idham tanding di PD
Mohamad Jani berkata, nama bekas Ketua Pegawai Eksekutif Finas itu telah dibawa ke peringkat pucuk pimpinan.
Ahmad Idham dilantik Ketua Penerangan GTA Negeri Sembilan
Pengumuman itu dibuat Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Zamani Ibrahim sewaktu mesyuarat gerakan berkenaan yang diadakan di Seremban, pada Ahad.
Ahmad Idham, Eizlan Yusof sumbang khidmat negara - Saifuddin Abdullah
Daripada jawatan JUSA B, Ahmad Idham turun ke Gred 54 sementara Eizlan tidak dibayar gaji, jelas Saifuddin Abdullah.
Finas ingatkan syarikat produksi patuhi SOP penggambaran Fasa Dua PPN
Syarikat produksi mesti melaksanakan penggambaran luar yang terasing, terhad dan terkawal mengikut Protokol Gelembung Penggambaran di negeri Fasa Dua PPN.
Syarikat penerbitan 'peram' geran PELAKSANA berdepan pembatalan insentif
Syarikat penerbitan yang didapati menyalahgunakan geran diperoleh melalui Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) bakal berdepan dengan tindakan pembatalan insentif berkenaan.
Ahmad Idham dilantik semula sebagai CEO FINAS
Pelantikan tersebut berkuatkuasa selama dua tahun iaitu bermula 5 Jun 2020 sehingga 6 Jun 2022.
Ahmad Idham tinggalkan Finas bukan kerana kontroversi Netflix - Gobind
Gobind Singh Deo tidak merasakan pengunduran lebih awal Ahmad Idham Ahmad Nadzri ada kena mengena dengan komennya berkenaan sekatan kandungan Netflix.
Ahmad Idham direhatkan sebagai CEO FINAS?
Kedudukan Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai CEO FINAS difahamkan 'tidak lagi selamat' dan berkemungkinan digantikan dengan individu lain.