awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah perintah Chegubard, pempengaruh bayar RM550,000
Empat individu direkod keterangan bantu siasatan kes remaja jatuh kondominium
RM5.5 juta laksana saringan kanser serviks, sasar 32,000 wanita tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Finas teliti, mahu perluas dana co-production untuk kandungan TV

Bernama
Bernama
21/10/2025
20:30 MYT
Finas teliti, mahu perluas dana co-production untuk kandungan TV
Finas akan meneliti keperluan menubuhkan dana penerbitan bersama (co-production) khusus bagi format TV sebagai langkah memperluas sokongan kepada industri kandungan tempatan serta memanfaatkan potensi pasaran ASEAN yang semakin berkembang.
KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan meneliti keperluan menubuhkan dana penerbitan bersama (co-production) khusus bagi format televisyen (TV) sebagai langkah memperluas sokongan kepada industri kandungan tempatan serta memanfaatkan potensi pasaran ASEAN yang semakin berkembang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, peluasan dana kepada kandungan TV dijangka dapat mengukuhkan kerjasama dan peluang perniagaan dalam industri kreatif rantau ini, sekali gus membuka peluang kepada penerbit tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa.
"Daripada 1,800 hingga 2,000 lesen pengeluaran atau produksi dikeluarkan setiap tahun, sekitar 80 peratus syarikat juga menghasilkan kandungan untuk TV dan platform OTT (Over -the-Top), selain filem pawagam.
Beliau berkata, menerusi sokongan dana Co-Pro TV itu, Finas berharap dapat memperkasa industri kandungan televisyen negara untuk terus berkembang dan bersaing di peringkat global, selain mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama industri kreatif ASEAN.
Mengulas lanjut, Azmir Saifuddin berkata, seramai 200 peserta dijangka menyertai AFTS 2025 yang akan berlangsung dari 28 hingga 30 Okt ini di ibu negara.
Sidang itu akan menghimpunkan penggiat utama industri filem, televisyen dan belia termasuk penyiar, penerbit serta penggubal dasar dari seluruh Asia Tenggara.
Beliau berkata tumpuan utama penganjuran ialah Forum Penerbitan Bersama (Co-Pro) yang menjadi platform berkongsi pandangan dan meneroka peluang baharu dalam bidang kerjasama penerbitan antara negara ASEAN.
"Kita nak bantu penerbit (pemenang) ini untuk menggunakan dana tersebut bagi mereka membawa idea mereka dan 'pitch' ke peringkat antarabangsa, misalnya ketika festival filem di Busan, Korea Selatan, Jogjakarta, Indonesia dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FINAS
#co-production
#dana penerbitan bersama
#format TV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan