[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

Florence Pugh lakukan aksi ngeri di Merdeka 118

Gempak 04/04/2025 | 05:30 MYT
Florence menyatakan bahawa pengalaman melakukan babak itu sangat menakjubkan.
SYARIKAT produksi, Marvel Studio berkongsi sebuah klip menyaksikan proses pembikinan filem Tunderbolts yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Klip video tersebut memaparkan sebalik tabir babak-babak aksi yang dilakukan sendiri oleh pelakon filem tersebut.
Namun apa yang memberi keterujaan kepada peminat Marvel terutamanya peminat di Malaysia adalah babak watak Yalena Belova yang dilakonkan oleh Florence Pugh melompat dari menara Merdeka 118.
Malah Florence juga menyatakan bahawa pengalaman melakukan babak itu sangat menakjubkan.
“Daripada semua aksi dalam mana-mana filem, ini memang menakjubkan! Berapa kali awak lihat seseorang melompat daripada satu bangunan. Sangat seronok,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, peminat Marvel berasa teruja dan kagum kerana babak berisiko tinggi itu dirakam di lokasi sebenar dan bukannya menggunakan latar belakang digital di studio.
“Florence with that stunt, super excited for this movie.
“Tak tahu kenapa excited nak tengok cerita ini, Merdeka 118!
“Dekat Malaysia wooo.
“KLCC pun buat cameo.
“Aku ingat menara tu dia berlakon kat studio, sekali amik kau kat menara betul dia shooting,” kata netizen.
Thunderbolts diarahkan oleh Jake Schreier. Thunderbolts berbeza dari filem superhero Marvel lain kerana ia mengetengahkan sekumpulan anti-hero yang menjalankan misi untuk kerajaan.
Thunderbolts menampilkan barisan pelakon terkenal Hollywood seperti Florence Pugh, Harrison Ford, Rachel Weisz, David Harbour dan Sebastian Stan sebagai teraju utama.
Filem berkenaan akan menjadi entri ke-36 dalam Marvel Cinematic Universe. Studio itu meraih sebanyak ASD3 billion (sekitar RM14.16 billion) dalam global box office menerusi filem-filem sebelum ini. - Gempak
#Merdeka 118 #Marvel Studio #Malaysia #Tunderbolts