awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
Dua letupan kecil dalam operasi kebakaran tanah gambut di Muar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Format baharu! Big Stage 2023 akan lain daripada yang lain

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
11/04/2023
09:38 MYT
Format baharu! Big Stage 2023 akan lain daripada yang lain
Lebih menarik kali ini Big Stage tidak hanya menampilkan penyanyi solo malah ada juga peserta duo dan berkumpulan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Selepas menobatkan Elica Paujin sebagai juara tahun lepas, rancangan realiti, Big Stage yang popular dengan slogan Dominasi BBNU kembali lagi buat musim kelima.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari banyak pembaharuan yang dilaksanakan untuk musim kali ini daripada pengacara, juri dan konsep semuanya diubah.
Lebih menarik kali ini Big Stage tidak hanya menampilkan penyanyi solo malah ada juga peserta duo dan berkumpulan.
"Perkataan yang sesuai adalah inovasi, pembaharuan ini dibuat selepas kita melihat data dan maklum balas peminat Big Stage.
"Kali ini kami nak beri lebih tumpuan kepada anak muda yang minat muzik dan pastinya ada lebih banyak kejutan yang akan kami bawakan untuk musim kali ini," katanya.
Tambahnya, sebagai persediaan, semua peserta kali ini telah menghadiri boot camp bagi mempersiapkan diri untuk menempuh cabaran di pentas nyanyian tersebut.
Antara peserta yang membarisi Big Stage musim ini adalah Meernash, Nadeera, Coex, Dem Lepak Boyz dan Firdaus Rahmat.
Pada masa sama, pihak Astro juga memaklumkan bahawa empat lagi peserta dari Indonesia, Brunei, Singapura dan Korea akan diperkenalkan di konsert pertama pada 7 Mei akan datang.
Pengacara dan pelakon, Elly Mazlien diberi mandat sebagai hos Big Stage 2023 dan Aina Abdul pula dilantik sebagai juri tetap Big Stage musim terbaharu.
Big Stage 2023 akan bersiaran secara langsung selama sepuluh minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam mulai 7 Mei 2023.
Pertandingan ‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
Topic Berkaitan
#Astro
#Big Stage
#konsert
#Dominasi BBNU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan