Foto Bunga Citra Lestari berbikini cetus sensasi

Gempak
Disember 31, 2018 08:01 MYT
FOTO siluet Bunga Citra Lestari yang dimuat naik dalam Instagram peribadinya mengundang rasa kurang senang netizen. - Gambar Instagram Bunga Citra Lestari
Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari mencetuskan sensasi di media sosial apabila memuat naik gambarnya dalam bentuk siluet sedang berbikini di pantai Waikiki, Hawaii.
Gambar yang telah dimuat naik sejak Ahad itu telah mendapat lebih 2,500 komen netizen yang tidak senang melihatnya memaparkan aksi sedemikian.
"Early evening at the beach," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.
Tidak cukup kecaman bersifat peribadi, ada antara pengguna yang 'menyekolahkan' suami Bunga, pelakon Ashraf Sinclair agar menjaga aurat isterinya.
Bagaimanapun, pasangan itu enggan melayan komen sedemikian dan masih meneruskan dengan aktiviti percutian mereka.
Percutian itu turut disertai anak tunggal pasangan itu, Noah Sinclair.
Bagaimanapun, tidak semua komen yang ditulis pada gambar terbabit berbaur kecaman dan sindiran, ada juga antara peminat setianya yang menyelar komen-komen negatif itu.
Bagi mereka, pakaian yang dipakai Bunga sekeluarga bersesuaian dengan tempat dan masa.
Bunga bersama suaminya yang juga pelakon kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair dan anak mereka, Noah kini berada di Amerika Syarikat menghabiskan percutian hujung tahun di sana.
#Ashraf Sinclair #Bunga Citra Lestari #Hawaii #Indonesia #Malaysia #Noah #pelakon