Foto mesra Ismail Izzani bersama Zarina Ann Joulie tersebar

Sinar Harian
Ogos 31, 2018 14:26 MYT
Gambar yang tersebar di Twitter. -Foto Sinar Harian
DUNIA seni tempatan dikejutkan dengan penyebaran gambar di Twitter yang dipercayai penyanyi Ismail Izzani dan pelakon Zarina Ann Joulie.
Dikatakan lokasi foto mesra tersebut diambil seakan-akan di sebuah kelab malam.
Pelakon Fathia Latiff juga dikatakan telah memuat naik gambar tersebut di Instagramnya dengan kapsyen “@ismailizzani call her now!,”
Namun Fathia telah memadam gambar tersebut.
Sehingga kini kedua-duanya belum lagi memberikan apa-apa kenyataan.
#Fathia Latiff #foto mesra #Ismail Izzani #kelab malam #penyebaran gambar di Twitter #Zarina Ann Joulie