ENTERTAINMENT
Foto mesra #ZuLofa cetus perdebatan
Mereka sedang berada di Rom, Itali bagi menjayakan penggambaran drama bersiri terbaru, Ti Amo Sweetheart 100 Hari.
FOTO mesra antara Zul Ariffin dan Neelofa mencetuskan perdebatan antara netizen.
Menerusi entri yang dimuat naik oleh pengarah Michael Ang di laman sosial Instagram miliknya (@michaelang38), terdapat sekeping foto menunjukkan Neelofa seakan 'berpelukan' dengan Zul.
Netizen mula meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen Instagram Michael.
Ada yang mengecam Neelofa kerana foto tersebut dikatakan tidak sesuai dengan penampilan wanita bertudung serta status Neelofa yang sudah bergelar 'hajjah'.
Mereka sedang berada di Rom, Itali bagi menjayakan penggambaran drama bersiri terbaru, Ti Amo Sweetheart 100 Hari.
Menerusi naskah adaptasi novel karya Suri Ryana itu, drama bersiri arahan Michael ini turut dibintangi oleh Scha Alyahya, Elvina Mohamad, Fahad Iman, Sharifah Shahora, Raja Afiq dan ramai lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Michael & Zul
#Bercinta
#Instagram
#mesra
#Michael Ang
#Neelofa
#pelakon
#Ti Amo Sweetheart 100 hari
#Zul Ariffin
#ZulLofa