[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Foto Quentin Tarantino dan George R.R. Martin di Kuching tular

Madiha Abdullah 27/08/2017 | 13:55 MYT
Gambar ini dimuat naik Martin ke akaun Twitter Khamis lalu dengan hashtag #TBT (throwback Thursday). - FOTO: Twitter George RR Martin
SEKEPING gambar yang memaparkan dua personaliti terkenal, George R. R. Martin dan Quentin Tarantino di dalam sebuah bot di Sungai Sarawak, tular hari ini.
Gambar itu dimuat naik Martin ke akaun Twitter Khamis lalu dengan hashtag #TBT (throwback Thursday).
Gambar itu memaparkan Martin, seorang novelis, dan Tarantino, seorang pengarah filem, sedang menikmati minuman di atas bot, dengan latar belakang Kuching Waterfront.
Bersamanya, disertakan kapsyen berbunyi, "Dua lelaki yang amat menggemari filem".
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak dinyatakan bila gambar berkenaan diambil.
Martin merupakan penulis novel fantasi A Song of Ice and Fire, yang kini diadaptasi menjadi siri televisyen popular, Game of Thrones.
Tarantino pula adalah pengarah yang telah mengarahkan banyak filem, antaranya Pulp Fiction, Kill Bill dan Sin City.
#Game of Thrones #George R R Martin #Kuching #Quentin Tarantino #Sarawak Waterfront