Freddie Mer'curry' hasilkan 'Briyani Wrapsody'

Israr Khalid
November 16, 2018 21:41 MYT
Freddie Mer'curry' gemparkan Twitter! - Foto Twitter @NazrudinRahman
NAMAKAN seorang ‘frontman’ kumpulan rock yang lebih unggul dan berpengaruh daripada Freddie Mercury.
Tiada.
Selepas 27 tahun kematiannya, keunikan karakter penyanyi utama kumpulan Queen itu tetap segar dan kekal ikonik serba-serbi; dari segi personanya, ‘showmanship’nya, gayanya sehinggalah fesyennya.
Legenda hidup selamanya. Benar apa yang dikata, kerana Freddie Mercury ditemui ‘masih hidup’ di Malaysia, di sebuah kedai mamak!
Pengguna Facebook, Wen Harn Loo telah memuat naik gambar seorang pekerja sebuah restoran mamak di Cyberjaya yang mirip Freddie Mercury - berambut pendek sisip ke belakang, bermisai tebal dan beruniform segak menambah butiran kemiripan itu.
Gambar itu dimuat naik dengan kapsyen ‘Mamak…just killed a lamb’, olahan daripada baris lirik lagu Queen karya teragung Mercury, Bohemian Rhapsody.
Kemudian ia dimuat naik ke Twitter oleh pengacara televisyen, Nazrudin Rahman dengan kapsyen baharu iaitu ‘Biryani Wrapsody’.
Bermula daripada tweet itu, ia membentuk satu bebenang panjang oleh warga Twitterjaya yang mengolah baris demi baris lirik lagu Bohemian Rhapsody dengan menyelitkan elemen restoran mamak.
Bebenang itu pantas menular dan sehingga artikel ini ditulis, tweet asal daripada Nazrudin itu sudah menerima 6,801 ‘likes’ dan 11,070 retweet.
Lihatlah bagaimana bait-bait lirik itu dioleh begitu kreatif oleh segenap bangsa rakyat Malaysia yang hidup bernadikan restoran mamak.

BAGI TEH O! bagi teh o BAGI TEH O! bagi teh o Bagi teh o, kopi o

— Daniel Khong (@DanielKhong25) November 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain daripada lirik lagu Bohemian Rhapsody, turut diolah tajuk-tajuk lagu Queen yang lain.

Another One Bites the Dhals.

— Bukan Amir (@AbeAmir98) November 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semuanya gara-gara semangat Mercury yang ‘dihidupkan’ kembali dengan kemunculan filem biopik Bohemian Rhapsody terbitan Warner Brothers Pictures, yang mengisahkan perjalanan penubuhan kumpulan Queen sehingga ke persembahan langsung yang dianggap sebagai antara terhebat dalam sejarah di pentas Live Aid 1985.
Sehingga hari ini, karekter Mercury terus memukau. Pujian kepada Rami Malek, pelakon yang membawakan watak lelaki bervokal hebat itu dengan begitu mirip sekali biarpun tubuhnya lebih rendah daripada mendiang.
Mercury, dilahirkan dengan nama Farrokh Bulsara pada 5 September 1946 merupakan sosok berpengaruh dunia muzik juga dengan bakatnya menulis lagu-lagu ikonik seperti ‘We Will Rock You’ dan ‘We Are The Champions’.
Dia meninggal dunia pada 24 November 1991 kerana ‘bronchial penumonia’ kesan daripada penyakit AIDS yang dihidapinya.
#Bohemian Rhapsody #Briyani Wrapsody #Freddie Mercury #Queen #Twitter #Twitterjaya