#FreeKesha: 'Dia banyak duit, bolehlah...' sindir Demi Lovato kepada Swift

Madiha Abdullah
Februari 23, 2016 05:40 MYT
Lovato merasakan wang bukan penyelesaian terhadap masalah yang dilalui Kesha.
Nampaknya kisah kegagalan penyanyi Kesha mendapatkan pelepasan daripada kontrak bersama label di bawah sebuah syarikat rakaman gergasi, masuk episod baru.
Ketika ramai memuji tindakan rakan artis Taylor Swift yang mendermakan AS$250,000 (RM1 juta) kepada Kesha sebagai tanda sokongan, seorang lagi artis, Demi Lovato, mengkritik tindakan itu.
Lovato menyifatkan tindakan Swift itu sebagai biasa-biasa sahaja, memandangkan Swift berkemampuan dan punya wang yang banyak.

Take something to Capitol Hill or actually speak out about something and then I'll be impressed.

— Demi Lovato (@ddlovato) February 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kata Lovato, adalah lebih baik jika Swift membuka mulut dan memberi reaksi yang lebih agresif, yang dirasakannya boleh membantu membawa perhatian yang lebih besar terhadap isu berkenaan.
Kesha yang mendakwa dirinya didera dengan gangguan fizikal dan seksual oleh pemilik label, Lukasz Sebastian Gottwald, gagal mendapatkan pelepasan di mahkamah berhubung isu kontraknya dengan syarikat tersebut.
##FreeKesha #Demi Lovato #Kesha #Lukasz Sebastian Gottwald #Taylor Swift