Gadis ini viral kerana wajah persis Lara Alana

Gempak
Ogos 9, 2017 12:00 MYT
Mendapat hampir 12,000 re-tweet dan hampir 6,000 likes, Syahir turut menyertakan gambar gadis yang dikenali dengan nama Nadiah Nasir (@nadiahnasirr).
SEORANG pengguna laman Twitter, Syahir Azman (@syhrazmn) berkongsi foto seorang gadis yang mempunyai rupa paras persis anak selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lara Alana.
Tweet yang dimuat naik oleh Syahir mendapat perhatian pengguna laman sosial dan menjadi viral di laman Twitter.
Mendapat hampir 12,000 ‘re-tweet’ dan hampir 6,000 ‘likes’, Syahir turut menyertakan gambar gadis yang dikenali dengan nama Nadiah Nasir (@nadiahnasirr).

Lara alana bila dah besar be like... https://t.co/k3V1Y2mr9y

— Syahir Azman (@syhrazmn) August 7, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Lara Alana bila dah besar be like...,” tulis Syahir.
Pengguna Twitter lain turut bersetuju dengan pendapat Syahir dan mengakui wajah Nadiah mempunyai persamaan dengan wajah Lara.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#Awal Ashaari #laman sosial #Lara Alana #Scha Alyahya #viral