Gadis Trivago Dahlia Shazwan dapat anak perempuan

Gempak
Februari 22, 2018 21:48 MYT
Kapsyen itu juga disertakan dengan foto merakamkan wajah Dahlia yang sedang tersenyum disamping anak pertamanya.- Foto: Instagram @adilaramly
PENGACARA televisyen (TV) dan juga model iklan Trivago, Dahlia Shazwan selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah hospital swasta Kuala Lumpur, awal pagi Khamis.
Bayi comel seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan kira-kira jam 3.15 pagi.
Berita gembira itu dikongsi oleh penerbit Syarikat Global Station, Zetty Adila Ramly melalui aplikasi Insta Stories dengan kapsyen:
“Tahniah, Mummy Dahlia! Assalamualaikum baby F,” tulisnya.
Kapsyen itu juga disertakan dengan foto merakamkan wajah Dahlia yang sedang tersenyum disamping anak pertamanya.
Bagaimanapun, wajah anaknya tidak didedahkan dan ditutup dengan emoticon berbentuk ‘love’.
Terdahulu, Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin, 28, yang lebih dikenali menerusi iklan Trivago ini berkahwin dengan Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.
Foto: Instagram @adilaramly
#anak #bayi #Dahlia Shazwan #Hospital #Instagram #Kuala Lumpur #model